Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #1

Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #1 | Salam..Fuh penat tak hilang ni dari Boracay. tapi n nak cerita pengalaman hari pertama uzu ke Boracay,Philipines. Wohaa teruja nak p pilipins ni u ols..
Tarikh : 24 January 2016
4.00 Pagi :
Uzu sampai di airport awal-awal pagi. Member datang ambik kat hostel. Sampai airport terus check in dan print boarding pass. Ni 1st time stay kat airport. Flight actually jam 10 pagi but then kena berkumpul jam 7.30 pagi. Waktu tu, memang takde teksi awal pepagi ni so I decide nak join member stay up kat airport. Lol. Waktu ni kite tidur bersepah-sepah.. Kejap kat situu.. Kejapp kat sini. Belum lagi ada part kena halau. Ramai juga yang tidur kat airport. I is join sekali. Kite tidur kat area orang yang p umrah tidur tu. Open place tapi selamat.

10.00 pagi :
Breakfast dan tapau makanan untuk bawa ke Boracay. Sebeum ni uzu dah siap-siap baca review yang kat Boracay memang jarang ada makanan halal so uzu pun tapau nasi goreng dan yang lain pun tapau mcd.

10.30 pagi :
Ready to boarding. Flight kami ambik masa 4 jam. Sampai je dalam flight. Uzu terus tidur .. Bangun-bangun dah nak sampai Kalibo Airport. Bayangkan uzu punya penat. Sebab semalaman tak tido. Nak jadi backpaker style sangat sampai tak dapat tido.Lol.
2.30 petang :
Sampai kat Kalibo International Airport. Laa kecik je airportnye.. Uzu kalau sampai airport memang cari wifi dulu sebab nak update kat pakwe kite dah sampai. Lol tapi takde wifi k. Jangan harap. Kecewa. Hehehe. Lepas keluar tu beli simkad siap-siap.
3.00 petang :
Simkad dah beli. Harga dalam P300 untuk 5 hari. P300 sama dengan RM30. Just buang 0 kat nilai wang peso. Simkad yang uzu beli ni unlimited data so macam biasa beli 1 simkad je dan akan buat hotspot kat member.

3.15 petang : Beli tiket bas ke Jeti Caticlan . Bas dari airport nak ke Jeti Caticlan boleh beli siap-siap kat online tapi makan RM10 tapi uzu so uzu dan member beli kat depan airport tu je. So tiket bas pegi Jeti Caticlan dan feri ke Boracay Island dalam P250 bersamaan RM25 . Dari airport ke jeti ambik masa nak dekat 2 jam.
5.00 petang : Tiba di Jeti Caticlan. Lepas tu  tiket feri dah ada so tak payah beli kat jeti tu. Tapi kena bayar Enviroment Fee, P200 = RM20 setiap sorang.

6.00 petang : Nak naik feri tu kena beratur panjang. Tapi tak yah risau sebab banyak je feri. Setiap feri boleh masuk dalam 40pax. Dari jeti nak ke boracay islan ambik masa dalam 15-20 minit. Dekat je.

6.20 petang : Sampai ke Boracay Island tapi takde lah sampai betul-betul ke tempat destinasi. Kena naik tuk-tuk ke Boracay tu. Dalam 20minit kot perjalanan naik tuk-tuk. Jauh juga so jangan bernagan nak jalan kaki sebab kami hampir nak jalan kaki je hari tu. Hahaha. Kelakar. Tuk-tuk dalam RM30 rasanya.

7.00 malam : Sampai ke station 2. Mula cari kat mana hotel yang kiterang booking. Hotel tu takde siapa tahu. Kejap kat sanee. Kejap kat sini.. Kejap kat situuu. So kite sesat. Kite jalan kaki sejam lebih. Macam nak dekat 2 jam je jalan kaki. Lol. Kite call hotel tu. Tak angkat. Hati dah panas sebab member cakap macam kena tipu je. Bengang giler kan. Semua bawa beg berat-berat so tak dapat tahan sabar.

9.00 malam : Dengan bantuan filifinos ni, pangkat hakak kebetulan jual pakej, kite pun selamat check in kat hotel berkenaan. Dapat 2 bilik. 1 perempuan dan 1 lagi tuk lelaki. Harga hotel dalam RM160 sorang tuk 5 hari. Kire murah sebab tong-tong. Tapi tak puas hati dengan bilik. Hmm not highly recommanded sebab dia pindah hotel tapi tak update kat web.Tu sebab kita tak dapat jejak guna alamat yang diberi dalam website. Mahunya kami 2 jam cari.Jalan kaki pula tu. Dah la jauh. Lol! 
10.00 malam : Keluar cari makanan halal. Dapatlah makan kat The Kingdom of Boracay. Teringin nak makan chicken chop tapi macam pelik je uzu rasa. Dah la RM30 sekali makan. Tapi ok lah dapat alas perut. 

11.00 malam : Cari pakej untuk keesokkan harinya. Beli pakej kt hakak filifinos yang tolong kiterang cari hotel sampai dapat.Sebab dia dah tolong penat penat so kite pun kesian, pakej beli kat dia memandangkan semua dah kepenatan berjalan kaki. Harga pakej yang kite dapat akan update next entry sebab next entry paling penting. Next day lah aktiviti-aktiviti kiterang bermula..

12.00 malam : Tidur

Info & Tips :
1. Waktu sama je kat malaysia
2. Nilai wang tu kalau Peso 200 bersamaan RM20. Buang kosong
3. Hotel kena beli sesiap kat on9.
4. Survey pakej dulu sebelum rembat.
5. Ada 3 4 5 kedai halal je kat Boracay
6. Cakap BI memanjang lah engkorang
7. Beli miniral water je . Soft drink daku tak percaya.
8. Please bawa jajan dari Malaysia. Nak masak sendiri sangatlah dialukan.

Baca :
Flight Tiket Ke Boracay Philipines
Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #1
Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #2
Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #3
Percutian Bajet Ke Barocay Philipines Day #4
Initerary & Bajet Keseluruhan Boracay Philipines

15 comments