Apa Yang Ada Dalam Beg Mekap Anda ? Meh Tengok Uzu Punya !


Apa Yang Ada Dalam Beg Mekap Anda ? Meh Tengok Uzu Punya ! | Salam. Haaa perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan. Sama lah macam uzu. Well tak tahu lah sejak bila minat pakai mekap ni. Tapi perempuan tak minat ke, tak reti ke, kena juga ada mekap ni. Tak lengkap takpe janji ada.

Uzu sejak dua menjak ni suka sangat habiskan duit kat watson atau gurdian. Tak pun beli on9. Kengkonon nak lengkap A-Z barang2 mekap.  Tapi setakat ni uzu semua ada kecuali shading dan highlight . 
Dulu2 uzu suka pakai Silky Girl. Sekarang dah try Simply Siti, Revlon, Sendayu Tinggi, Maybelline, Mac, Golden Rose dan macam2 lagi. Tak ingat..Kalau nak jalan2 keluar dating ke , event ke, uzu akan bawa beg mekap kecik. Setakat ni yang selalu uzu bawa kehulur kehilir dalam handbag ialah..

Foundation : Sendayu Tinggi
Compact Powder : Revlon
Mascara & Eyeliner : Maybelline
Lipstic : Golden Rose + revlon
Eyebrow : Maybelline
Blusher : Revlon

Kalau rasa nak mekap heavy tu akan guna mekap yang lain.. Berus mekap pun penting juga tau. Tak best la pakai berus kecik yg disediakan dalam blusher atau apa2 mekap yg ada berus. Lagi suka pakai berus mekap sendiri. RM50 je yang uzu beli kat Sephora.
Haaa tu je lah yang selalu uzu pakai. Macam gambar kat atas. Yang ni ada class mekap. Lepas tu conteng muka sendiri. Macam tu lah jadinya.. 

Korang pulak camna ? Ape lah dalam beg mekap korang tu eh. Nak juga tau kot2 ada yg berkenan. Hehehe. K lahh bye salam :)

21 comments