Officially 25 Years Old, Happy Birthday Uzu !

Officially 25 Years Old, Happy Birthday Uzu ! | Salam.. Alhamdulillah hari ni di hari lahir yang sangat mulia ni , di tahun yang ke 25 tahun, uzu masih bernafas dimuka bumi Allah ni. Alhamdulillah sangat-sangat Allah masih panjangkan umur uzu sampai hari ini.

Terima kasih yang sudi wish birthday kat facebook, kat whatsapp, kat group, kat twitter, terima kasih sangat-sangat sebab ingat birthday i atau actually korang tak tahu pun kan birthday i ni tapi tq lah kan kepada facebook yang bagi notification kat fb u olls. Wah gituu!

Yes. Im officially 25 years old. Wahh dah tua dah uzu ni eh.. Terima kasih yang mendokan kesihatan, mendokan murah rezeki, mendokan cepat kahwin tu of coz ramai ler.. Apa pun terima kasih.. Haha.. Semoga doa-doa kalian dimakbulkan Allah..

Banyak benda lagi uzu belum capai, setakat waktu hari ni.. Ijazah tak tamat lagi. Hujung tahun depan baru lah habis. Kawan uzu yang lain, 25 tahun dah ambik master .. Bertabahlah uzu oi. Perancangan Allah semua baik-baik. Bab kahwin tu jangan cerita lah.. Tahun 1990's beranak pinak ok. Tapi kan uzu malaih nak cakap bab kahwin ketika ini.. Doa yang baik-baik je.

Bab dunia blogging ni, alhamdulillah ada benda yang uzu angan-angankan tercapai, ada yang belum tercapai, so uzu alhamdulillah setakat hari ni Allah masih murahkan rezeki uzu dalam dunia blogging, my main income for life waktu ini. Kah ! Tersangat berterima kasih kepada insan-insan yg selalu memberi laluan pada uzu, Thanks sangat-sangat. #kelabbloggerbenashaari #benashaari

Tak lupa pada adik beradik uzu, Abg Yan, Jeack, Abg Jal, Kaka Iti, Kaka Lela, Ajai, Pesal dan adik bongsu uzu Black, yang kekadang waktu susah uzu , memang diorang yang selalu ada. Terima kasih memberi sokongon untuk sambung study, sokongan dalam dunia blog, memang terharu ada adik beradik yang kadang-kadang tak sefahaman namun didalam jauh disudut hati ada perasaan kasih sayang yang sangat kuat.. *wahh sebak i*

And for the last but not least, for my parents. Arwah mak yang sangat lembuh hatinya, baik orangnya, tinggi agamanya tapi Allah lebih sayangkan arwah lebih dari kami. Inalillahwainnalillahirojiun. Terima kasih kerana mengandungkan dan melahirkan saya. Al- Fatihah. For my dad.. Walaupun bapa tak ingat birthday setiap tahun *sebab anak ramai kot* , my dad is my superhero, yang menjadi mak selepas arwah mak meninggal, yang menyediakan makan minum, yang masak, yang tolong iron baju, tolong iron tudung sekolah, yang tolong hantar kan setiap pagi, yg setia ambik setiap petang, yang memberi duit belanja yang cukup, yang penuhi segala permintaan, yg garang tapi sangat penyayang, yg nak terbaik untuk anak-anaknya, yg marah anaknya tak solat, yang susah senang nak tangguh yuran sekolah, yang sanggup berlapar untuk anak, yang selalu sihat untuk anak2, yg rajin bekerja untuk anak, yg sanggup berhutang untuk anak, yg pernah nangis untuk anak, banyak yang yang yang tapi kalau nak senaraikan memang setahun tak habis baca sebab pengorbanan bapa uzu selepas arwah mak meninggal memang sangat hebat, dia lengkap semua walaupunada kurangnya, walaupun tak sempurna tapi dia dah buat yg terbaik. Terima kasih bapa! Semoga bapa dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki . Terima kasih tak terhingga.. *sebak lagi*

Wah panjang pulak. Terima kasih yang sudi baca panjang-panjang ni. Bukan selalu dapat meluahkan perasaan ni. Hahahaha foyonya I ,. ok uzu tak nak hadiah, nak doakan yg baik2 je.. Hehe tq :)

32 comments