Percutian Ke Lombok, Indonesia Terpaksa Dibatalkan.

Percutian Ke Lombok, Indonesia Terpaksa Dibatalkan. | Salam dan selamat pagi. Well.. Dah masuk bulan Ogos dah.. Awal bulan depan uzu ada trip nak ke Lombok bersama Kak Ty . Dah berbulan-bulan plan ni nak p, bila tiba masanya. Tak jadi..

Itulah bak kata pepatah, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Nampaknya uzu belum ada rezeki lagi nak ke Lombok. Tiket flight dah beli tapi ada halangan dan rintangan dari pihak kak ty dan dari pihak uzu sendiri juga. 

End of this month kan uzu trip ke Siem Reap (Kemboja) bersama geng Projek Travel dan sehari selepas balik dari kemboja, flight ke Lombok pulak. Rasa macam penat. Plus ni mesti bajet lari. Plus lagii takde cuti. Ada class. Dilema ko.. Sebab tak sangka si Pena Berkala (Projek Travel) beli tiket flight berdekatan trip dengan Lombok. Rasa terlalu dekat sangat. 

Sedih tau actually tapi kerana terpaksa aku relakan. Haha. InsyaAllah kalau takde aral melintang, nak beli lagi tiket ke Lombok ni waktu promosi. Kan Air Asia selalu buat promosi, masa tu lah nak grap tiket. Hehehehe. Fuhhh nasib baik tiket RM35 je. Takde lah rasa rugi sangat.. Yang trip kemboja ni pun waktu class juga. Perghhh harap2 yang kemboja ni dipermudahkan urusan dan perjalanan serta perancangan. Tak tau ler kalau tak jadi. Memang menangis tepi bucu katil. Serius. Ok bai. Nak sambung nangis. Salam :)

14 comments