Kebaikan & Keburukan Suntikan Vitamin C . Selamat Atau Tidak ?

Suntikan Vitamin C . Selamat Atau Tidak ? | Salam. Beberapa minggu lalu, uzu mengadu kat roomate masalah kulit uzu yang entah pape ni. Dah makin teruk gamaknya .. Tak licin dan tak bersih macam dulu-dulu.hihi.. Kemungkinan salah pakai produk muka..

so, uzu teringat waktu kat Sabah dulu, 2 tahun yang lalu, uzu dan offismate p klinik. Nak buat suntikan vitamin c. Tu pun sebab ada kawan yang suggest.. Tengok muka dia pun kulit licin, makin putih.. So uzu pun  rasa tertarik nak buat suntikan vitamin c. Tapi waktu kerja dulu takde lah banyak duit sangat.. Bayangkan setiap minggu kena suntik. Sekali shoot dalam RM50-RM100 .. Pergh terus cansel niat.

Sekarang ni, uzu teringat semula mengenai suntikan vitamin c lagi-lagi kat sekarang banyak yang jual serum vitamin c.. Rasa macam nak try je. Tapi tak berani.. So uzu pun tanya la kawan-kawan, spupu pasal suntikan vitamin c ni.

Dengar cerita, suntikan vitamin c ni mahal. Seiap minggu kena cucuk. 1 cucuk dalam RM100 keatas. Pergh mahal giler. Tapi hasilnya kebanyakkanya berkesan.Yelahhh keberkenasanan suntikan lebih berkesan berbanding makan pil vitamin c. Selalunya artis je guna vitamin c ni. Tu pasal kulit artis lawa je. Kan? Haa..
Lepas tu,  kazen uzu kata kan, dia nurse, so dia kata kalau buat suntikan boleh. Tapi pastikan vitamin c tu berdaftar. Kebanyakkan vitamin c kat klinik tak berdaftar dengan KKM . So tak yakin sangat. Lepas tu better makan pil vitamin c, walaupun 60% je menyerap tapi biar lambat asal selamat.

Keburukan Suntikan Vitamin C
Ada beberapa fakor yang perlu diambil berat sebelum kita buat suntikan iaitu mengenai keaslian serum vitamin c tu sendiri. Ada kelulusan KKM atau tak.. Dah tamat tempoh ke tak?

Vitamin c secara suntikan takboleh diambil secara berlebihan, sebab akan memberi effect kepada buah pinggang kita, masalah tulang dan alergik. Tak lupa juga effect kat sesiapa yg ada gastrik.

Semasa suntikan, perut kenalah tak kosong. Tu perlunya kita kena minum air sentiasa..

So,kesimpulannya uzu cansel nak buat suntikan vitamin c .. Haha.. Sekarang ni makan pil vitamin c je. Walaupun lambat asal selamat :p Tak gitu ? Hehehehe.  KOrang lak camna?


7 comments