Aktiviti Snorkelling & Swimming Di Pulau Redang Terengganu

Aktiviti Snorkelling & Swimming Di Pulau Redang Terengganu | Hari kedua uzu dan media-media dipenuhi dengan rasa teruja.. Ye lah pepagi lagi kami semua berangkat ke Pulau Redang. Siapa yang tak excited nak p pulau paling besar di antara 9 pulau yang dilindungi di Terengganu.. Haaa dah terbayang kat otak, pulau redang mesti cantik dan bersih macam pulau-pulau kat Sabah.
See? Pulau Redang ni diluar jangkauan dan pemikiran.. Teruja uzu tengok pulau yang bersih macam ni.. Rasa nak menyelam waktu tu jugak.. Haaa kemain gelojoh. Hahaha.. Lama kot tak mandi pulau ni... Dah lah bersih, jernih pulak tu, macam ada kat dalam aquarium je,.. Subhannallah.. Nampak ikan lah!
Sebelum uzu datang kat Pulau Redang ni, uzu dah siap-siap pakai sunblock.. Tak nak muka jadi hitam punya pasal.. So sunblock ni disponser oleh Cosmoderm untuk Kelab Blogger Ben Ashaari dan projek Travel.. Alhamdulillah sangat membantu.. Tak terlalu hitam sangat lepas pakai.. Tq Cosmoderm!
 
Rugi kan datang sini tapi tak mandi? Huhu rugi sangat-sangat.. Tapi kali ni, kat Pulau Redang ni, uzu decide tak nak mandi sebab lupa bawa baju extra. Kalau uzu basah, takde lah pakaian ganti.. Sobs. Uzu terpaksa redha.. Sampai ada yang cakap " tahulah pulau ni tak secantik kat sabah" .. Tu dia.. Hehe .. Memang cantik pun pulau-pulau kat Sabah tapi nak buat macam mana kan.. Takde rezeki nak menyelam lagipun kami ada masa 30 minit je. Sedih...
Selepas selesai aktiviti hari kedua di Pulau Redang ni, kami semua ke Laguna Redang Resort sebelum mencandat sotong pada petang hari.. Nampaknya hari kedua kami menghabiskan masa di Laguna Resort, iaitu tempat penginapan hari kedua sempena Terengganu International Squid Jigging 2015 ni..  Tunggu next entry uzu mencandat sotong ye. Hehe salam korang :)

P/s : Thanks to Gaya Travel dan Tourism Terengganu kerana menjemput kami :)

8 comments