Aktiviti Menarik Mengutip Kepah Di Pekan Budaya Setiu, Terengganu

Aktiviti Menarik Mengutip Kepah Di Pekan Budaya Setiu, Terengganu | Salam. Pagi-pagi lagi hari ketiga kami ke Pekan Setiu yang mana Pekan Setiu juga dikenalai sebagai Pekan Budaya Terengganu. Dari tempat penginapan kami, Duyong Marina & Resort ke Pekan Setiu mengambil masa dalam 1 jam setengah.

Pekan Budaya sebenarnya diadakan di setiap daerah di Terengganu. Antara daerah yang sempat kami lawati ialah daerah Setiu Terengganu yang mana bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang keindahan Terengganu dari segi pelancongan, mempromosikan produk, keunikan seni dan warisan budayanya. Pekan Budaya Setiu menonjolkan pelbagal aktiviti yang menarik seperti pameran, jualan, demontrasi, pertandingan dan persembahan kebudayaan/kesenian yang melibatkan penyertaan dan pelbagal agensi kerajaan, Badan Berkanun, Swasta, Pengusaha-pengusaha, Kumpulan-kumpuIan Kebudayaan, Pertubuhan-pertubuhan dan Persatuan-Persatuan dengan secara langsung.

Antara aktiviti yang sempat kami merasai pengalaman di daerah Setiu ialah mengutip kepah. Sebanyak 20 bot yang terlibat dalam aktiviti mengutip kepah. Alhamdulillah kali ini Projek Travel diletakkan dalam 1 bot..
Mengutip kepah bukanlah satu perkara yang senang sebab mengutip kepah mempunyai teknik tersendiri untuk mencari kepah dengan mudah sama ada menggunakan alat tradisional mencari kepah ataupun cari guna tangan atau kaki sendiri secara manual..

Teknik Mengutip Kepah Yang Betul
Aktiviti kepah kami kali ini adalah secara manual.. So kami kena korek tanah untuk mendapatkan kepah.. Namun ramai kawan-kawan yang mengeluh sebab tak dapat kepah.. Begitu juga uzu pada permulaannya ..Kebanyakkan penduduk di situ mencari kepah menggunakan kaki tetapi kali ni uzu nak cuba cari kepah menggunakan tangan. 

Aktiviti mengutip kepah dah boleh tukar ke aktiviti mencari kepah kerana teknik menggunakan tangan ni memang kita kena cari gali tanah guna tangan secara random, berperingkat dan berpindah randah.. Jangan cari kepah di tempat yang sama.. Besarkan kedua tangan dan gali sambil berpindah-pindah dari atas ke bawah.. Hasilnya?? Kami dah dapat kepah!! Hahaha dan kepah kami adalah yang paling banyak sekali antara bot-bot lain.. *bangga*
Gambar happy sebab dah berjaya dapatkan kepah dengan hasil tangan sendiri! Tahniah you olls sebab dapat ilmu baru.. Ilm teknik menutip/mencari kepah :p Hahaha uzu pun happy tengok korang bersorak dapat kepah.. 

Akhirnya, aktiviti yang disangkakan boring bertukar jadi aktivi yang seronok pada hari ketiga kami di Terengganu.. Sejujurnya uzu happy dapat bersama-sama rakan-rakan mencari kepah secara santai sambil berborak dan bergelak berdekah-dekah.. Happy moment yang tak akan dilupakan.. Sampai kitarong tak nak balik wei .. Dah syok mencari kepah..Hahaha :D
Kepuasan mencari kepah sampai tak kisah dapat pasal cuaca yang agak panas pada petang tu.. Semua pakat hitam muka. Tapi kami takda lah risau sangat sebab dah pakai sunblock cosmoderm. hehe. Group photo dulu sebelum meninggalkan tempat Daerah Setiu :)

Last sekali, uzu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada penduduk Daerah Setiu yang sporting sangat-sangat, peramah, terima kasih kepada Tourism Terengganu kerana menyediakan aktiviti yang sangat menarik dan tak lupa juga terima kasih kepada Gata Travel kerana menjemput kami.. Serius tak cukup masa nak kutip kepah wei.. Hihi.. Next year kena buat panjang sikit ye :p .. Hee Salam :)

3 comments