Serius Pasni Tak Nak Naik Teksi Dah ! Serik & Menakutkan !

As-Salam


Serius Pasni Tak Nak Naik Teksi Dah ! Serik & Menakutkan ! | Al-kisah hari isnin lalu, seperti biasa, uzu pergi dan balik kerja naik teksi. Kalau time nak pegi kerja tu, memang senang nak dapat teksi. Tapi time nak balik tu, semua susah nak dapat teksi. Kekadang berjam kita tunggu tepi jalan tu haa. Guna myteksi pun, myteksi pun tak nak ambik. Jammed katanya..

Nak dijadikan cerita, petang isnin tu, uzu balik la naik teksi macam biasa.. Lenguh galas beg laptop tunggu tepi jalan. Dalam 15 minit, ada teksi sampai. 

Uzu : Uncle, nak g Ikram
Taxi : Boleh2. *sleng india*

Pastu main henpon la bila dalam teksi.Fokus layan group wasap dan instagram. Rutin harian wajib belek lagi-lagi time jem. Tetiba... bila pusing kiri kanan, eh. apasal lain je pemandangan uzu ni. aku dha kat mana ni..

Uzu : Uncle, ini bukan jalan pegi Ikram
Taxi : saye nak ambik wife saye dulu.
Uzu : Wife uncle kat mana?
Taxi : wife kerja kilang depan tu je  *seksyen10*... Boleh tunggu tak? Jam 6.30 dia balik. Sekarang jam 6. Kalau saya hantar u, mesti jammed punya.
Uzu : Tak boleh uncle. saya dah lambat ni. Kawan saya dah tunggu sejam kat hostel*nada mengeletar*
Taxi : Kalau i hantar u, i cas RM20 ..
Uzu : Takpe uncle. Boleh je.*dalam fikiran, selalu RM15 je*
Taxi : *dia diam beberapa saat kemudian dia sambung* Kalau tunggu wife i, i bagi u RM15. Tolak RM5. Atau pun RM13.
Uzu : Alaaa uncle. saya nak cepat ni. turun sini lah. kat depan tu
Taxi : Tak boleh turun sini adik. Sini kawasan kemalangan..
Uzu : *kawasan kemalangan pak hanggg* Takpe uncle.. turun depan tu je.
Taxi : Takde teksi nak ambik u sekarang ni. kalau ada pun, dia cas RM25 . I tak boleh lewat ambik wife i. Nanti wife i merajuk. I dah 2 bulan tak jumpa dia. 
Uzu :*ada kena mengena ngan aku ke wife ngko nak merajuk?* Tak boleh la uncle..takpe, saya turun sini, nanti saya suruh kawan ambik atau naik teksi je.
Taxi : haiiiyaaa adik. u tunggu la. wife i nak keluar 30minit je lagi. Sini takde teksi nak ambik u. I selalu hantar wife i pergi balik kerja, i tau la dik..
Uzu: *tadi kata dua bulan dah jumpa, pastu kata hari2 ambik bini dia. Hoiii pelik pakcik india ni. Cuak dah uzu dalam teksi tu.* Takpe uncle . turun kat sini je.. *buat2 call orang.. Teksi tu berhenti juga setelah macam-macam alasan bagi. Berhenti kat seksyen 10 bangi* Berapa uncle? sambil hulur duit RM10. Sepatutnya bayar rm5 je macma tu.
Taxi : I takde duit kecik la dik.. kalau ada wife i, beru ada.
Uzu : eh takpe la uncle. ambik duit ni. saya dah lambat..kawan dah tunggu..

Pastu keluar juga dari neraka teksi tu. Ya Allah ! Berdebar sungguh la naik teksi tu. Dah la uncle tu balik-balik tengok uzu. Dahi dia lagi ada luka besar.Berdarah2 lagi. Aiyooo panik tak terkata. Keluar dari teksi tu, terus ambik fon, call pakwe... eh ! bila masa ada pakwe. Mengelamun memanjang kau ni uzu..so, call kak ty lah. Fuhhhh! dapat je bercakap dengan kak ty, berlakon la depan uncle tu sambil berjalan kaki keluar dari kilang-kilang tu menghala kejalan besar dan terus balik ofis di seksyen 9.

Pas tu, naik ofis mengeringkan peluh. Abang ofis tanya, kenapa tercungap-cungap ni. Maka bercerita lah uzu dari a-z walaupun cerita tak lengkap. wuuuu pastu balik hostel kena hantar. 

Alhamdulillah. Selamat juga melarikan diri. Tak tahu la uncle taxi tu betul atau tak, tapi cara dia dah menakutkan. So, daripada jadi benda yang luar sangkaan kita, baik kita ambil langkah berjaga-jaga dengan melarikan diri. Rugi duit RM10 tu takpe, janji nyawa kita. Tak boleh dijualbeli. Teringat kes pompuan cantik kena toreh muka kat kelantan tu. Tu sebab uzu main cuakkkkkkk . Fuh !

Apa pun, korang kalau naik teksi berhati-hati lah. Macam mana nak berhati-hati? Kalau nampak teksi buruk, jangan naik. Kalau naik teksi, jangan sorang2. Kalau naik teksi, better ambik teksi dari apss my teksi dan...sediakan benda tajam sebagai perlindungan, kunci ke, spray pedas tu ke atau apa-apa je lah. Haaa, semoga menjadi pengajaran tuk uzu dan korang semua ye. As-salam.

43 comments