Al-Fatihah Buat Arwah Atok

Al-Fatihah Buat Arwah Atok | As-Salam. Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa atok uzu yang kat Miri, Sarawak telah kembali ke ramatullah kelmarin bersamaan 4 disember 2014 . 

Atok rasanya dah tenat sejak rabu lagi dan dimasukkan ke hospital. Dengan cerita atok takde sakit apa pun, cuma sakit tua ja dan ajal atok dah sampai.

Family uzu kat Sabah dan fly ke Miri pagi tadi dan sempat tengok atok untuk kali terakhir sebelum dikafan serta dikuburkan. Uzu sedih sebab uzu pernah jumpa sekali je atok masa raya hari tu,atok masih sihat lagi dan tak sangka, itu kali terakhir uzu jumpa atok :(

Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.

Amin Ya rabbal alamin.

18 comments