Cara Ber-Whatsapp Tanpa Double Tick Blue

As-Salam

Cara Ber-Whatsapp Tanpa Double Tick Blue | Sejak akhir-akhir ni whatsapp dah update baru lagi pasal tick tick tu. Rasanya ramai tak selesa dengan double tick blue ni termasuk uzu sendiri.

Mungkin ada kebaikannya tapi ada juga keburukannya. Sedangkan "last seen" pun boleh gaduh kan, apatah lagi double tick blue ni. Haha :D

Ada yang sedia maklum dan ada yang belum maklum2 lagi yg tanda kat whatsapp macam ni


- Satu ‘tick’ kelabu maksudnya dah hantar tapi tak seen lagi.
- Dua "tick" kelabu dah terima mesej tapi dia tak baca lagi
- Dua ‘tick’ dah hantar dan dah baca teks u ols. Tick biru juga akan muncul di dalam groupchat u ols jika semua orang di dalam kumpulan anda telah membaca  teks anda. 

Pastu, sekarang ni dah boleh tengok masa tepat org tu hantar whatsapp, just tekan teks u ols lelama sikit dan tekan"info".

Baru-baru ini, seorang pengguna telah berkongsi bagaimana untuk bypass ‘message read’ di aplikasi Whatsapp miliknya. Di dalam eksperimen ini, dia menggunakan telefon pintar HTC One ( Android ) kepada pengguna iPhone ( iOS ) dengan cara : 
  • Apabila anda menerima mesej whatsapp semasa anda berada dalam talian atau pada skrin kunci anda, jangan buka dahulu. Biarkan ia diterima dua ‘tick’ berwarna kelabu. 
  • Matikan semua internet mudah alih anda dan Wi-Fi 
  • Buka Whatsapp dan membaca perbualan atau teks yang diterima Tutup perbualan dan juga aplikasi Whatsapp, pergi ke ‘Home’ dan hidupkan kembali Wi-Fi anda.

Ok selesai masalah bagi yang rasa double tick blue ni mengganggu privacy. Ramai rasanya yang tak berapa berkenan sangat. hihi. Selamat mencuba !! hehehehe :)


18 comments