Ber"boyfriend"kan Lelaki Yang Berumur Dan Tua Bangka

As-Salam

Ber"boyfriend"kan Lelaki Yang Berumur Dan Tua Bangka | Cinta itu buta atau kita yang buta kerana cinta? Hehehe. Walaupun tua, tetap sayang, nama pun cinta *buerk*

Masa uzu dalam teksi, abang teksi ni tetiba tanya uzu.. camni..

Abang Teksi : dik.. ada boyfriend tak?

Uzu : Takda..

Abang Teksi : ohh yeke??

Uzu : Betui lah..

Abang Teksi : Bukan apa, sekarang ni student suka cari lelaki tua. yang dah berumur. 

Uzu : ehhh takda lah. Tu cerita dalam TV je tu...

Abang Teksi : Betul lah dik.. Realiti ni.

Uzu : Tak pernah lagi jumpa orang macam tu. Sebab kawan-kawan saya pun semua baik-baik.*walhal pernah*

Abang Teksi : Bagus lah tu

Lepas tu, terfikir kes kawan sendiri, cari pakwe tua semata-mata nak sara hidup, semata-mata nak duit je. Lepas tu, enjoy sambil belajar.Bawa kereta mewah kat class.. Tapi tak kekal pun benda tu..

Tapi, Alhamdulillah, nasib tak pernah jadi kat diri sendiri. Tapi kalau berjodoh dengan lelaki berumur, yang tu sejauh mana kita lariii pun, akan jumpa balik.

So, kita tak boleh nak kata orang sangat, kang kena diri sendiri. Kalau nampak kawan-kawan yang macam tu, diam je. Biarkan mereka dengan hidup mereka, kita ngan hidup kita.. kan kan kan. Aman dan sentosa gitu.. hihi Oklah Salam.


11 comments