Pengalaman Terbaik Memancing Udang Galah Di Perak

As-Salam

Pengalaman Terbaik Memancing Udang Galah Di Perak | Yeahhhh tengok tajuk, memang terbaik! Terbaik ke? Siyes ke terbaik? Ha ah ye lah. Terbaikkk lah .. Tak pernah mancing udang. Bila mancing, terserlah keseronokannya. Sampai tak nak balik u olls. Haha . Jom bacakan kisahnya..

17 Ogos 2014 | Sabtu


Kami berkumpul di Jeti Persatuan Pengail-Pengail Melayu Hilir Perak, *tapi nampak cina pun mancing* seawal pagi. Diberi taklimat ringkas dan disediakan sebuat bot beserta pemandu bot/pengail , makan tengahari , air ,pancing dan umpan.
Setiap bot hanya dibenarkan 3 orang sahaja. So uzu ngan Ila pun dalam satu bot yang sama disebabkan kami wakil dari Majalah Libur. Mesti lah mancing dengan geng gitu . Baru feel. Hehe.

Baju oren *tengok atas* , nama dia Pak Abu. Pak Abu pun bawa kami ke tempat mengail yang bersesuaian, iaitu di hujung sungai, mesti jauh dari bot lalu, tak nak ada bot goyang2 kan. Sedang2 kita memancing dengan tenang, rileks sambil nyanyi lagu "let it goooo,.. Let it go....." time nak feel tu, tetiba pulak ada bot lalu. Spoil tak mood? Spoil tak ? Udang nak makan umpan pun lariiii.. Haaa..

Bila setiba di tenpat yang di maksudkan, Pak Abu keluarkan kelima-lima pancing dan mengajar kami cara memasang umpan. Umpan udang kecik Pak Abu guna. Umpan dan pancing yang disediakan kami tak pakai. Hehe Pak Abu kata macam mancing dalam kolam iklan je. Hehe.


Sambil menunggu udang memakan umpan, maka berceritalah kami dengan Pak Abu tentang memancing ni. Banyak ilmu Pak Abu yang berguna untuk dikongsi. Pak Abu sporting gila ! Nampak tak bot kat sebelah sebelah tu, haaa kami bercerita dengan bot sebelah lah. Sambil mancing sambil bergurau senda. Tak gitu?
Beberapa minit kemudian, umpan Pak Abu mengena ! Oh yeahhhhh haaa hasil pertama tangkapan udang memberi senyuman dan sorakan. Kalah pasukan sorak pompom sekolah . *krik* . Udang pertama ni besar gila Euww sepit kaler biru. Takut nak pegang. Tapi Pak Abu selamber je gigit guna mulut sepit udang tu. Memang terpaku lah seketika sambil buat muka "euw" dan berkata dalam hati "Pak Abu, r u really sure?" . Memang tak nafikan kehebatan Pak Abu.
Dan udang seterusnya tak mendapat sorakan sebab keterujaan terhadap udang kecik takde. Hehe. Kalau ada pun, mesti nak sengaja bagi jeles bot sebelah. Hehehehe .
Kekadang tu, kami dapat ikan. Lupa dah nama iklan tu. Tapi Pak Abu kata, jangan pegang ikan tu. Sebab berbisa.. pegang sekali dah boleh jadi demam *mukaserius*
Kami mancing, tukar umpan, tukar tempat sampailah waktu balik. Nak 6 jam jugak kami semua berjemur di tengah panas suam suku ni. *nasib baik ada payung* . Tahu tak kalau takda payung, kami dah jadi Jacklyn Victor tau !
Nampak tak cuaca gambar kat atas tu? Gelap kan? Tunggu nak hujan je. Kalau bukan sebab nak hujan, kami tak nak balik woo. Kepuasan nak dapat udang galah besar tak puas. Hehe. Tapi terpaksa balik bila air air hujan menitis kat batang hidung. Balik wei !!

Sampai di jeti... kami pun di layan macam artis hot. Orang asyik nak tangkap gambar kami je. Kami pun posing sakan lah. hehehe. Adakah udang yang kami dapat tu besar dan banyak? Maybe! Kami lah di anggap paling besar udangnyaaa. Haaaa kelas kau mariah!



Alhamdulillah. Petang pun dah melabuhkan tirai. Kami pun semua balik dengan perasaan yang tak puas hati. masa tak cukup, udang tak besar mana tapi tapi tapi kami semua happy ! Pengalaman yang terbaik selama join FAMtrip.

Sebelum tu, uzu nak kongsikan tips-tips memancing yang kami dapat dari Pak Abu. Uzu ambil tips dari Ila yang dia dah update. Tak sangka dia ingat semua. Hahaha. *Sengih2*
  1. Guna umpan anak udang, jangan guna cacing. Tangan kotor.
  2. Tunggu air pasang. Udang banyak time air pasang ni
  3. Mancing kat tepi-tepi sungai. Kat tengah-tengah sungai takda udang. Ikan je ada.
  4. Jangan guna tali tangsi. Guna benang. Tangsi cepat putus.
  5. Guna 2 mata kail. dia tak layan korang bagi 1 umpan je. Dia nak juga 2 umpan.
Akhir sekali. Sebagai tanda kenangan. Kami pun bergambar beramai-ramai . Hehe. Yang pendek memang uzu lah. Jangan hairan ok !


Terima kasih Toursim Malaysia Perak, terima kasih Majalah Libur wakilkan kami. Kalau tak.. tak merasa lah memancing udang. Terima kasih Jocko, Terima kasih BloogersMedia dan terima kasih Ila sebab sudi jadi geng terbaik uzu sepanjang kat situ. Next time invite lagi ye !! Hehehe. As-Salam!

Sumber gambar : Tourism Malaysia Perak

14 comments