Jom Mancing Udang Anjuran Tourism Malaysia Perak

As-Salam

Jom Mancing Udang Anjuran Tourism Malaysia Perak | Minggu lalu uzu berpeluang untuk mengikuti satu program Jom Mancing Udang Galah yang telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak bersama dengan media-media yang lain dari Majalah Libur, Berita Harian, Santai Magazine, Tourism TV, News Straits Times, Majalah Umpan, agent travel dan lain-lain. Rasanya lebih 30 orang yang menyertai. So uzu dan Ila wakil dari Majalah Libur.

Grand Court Hotel

Sepanjang 3 hari 2 malam, kami semua menginap kat Grand Court Hotel di Teluk Intan, Perak. Grand Court Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang dengan menyediakan bilik yang besar dan selesa, wifi, tempat karaoke, cafe , peti sejuk , cerek elektrik, pengering rambut, peralatan mandian, selipar bilik dan dobi. Ia terletak di Teluk Intan dan hanya 10 minit kalau nak p ke Menara Condong.

Homestay Pendiat Perak




Program pertama sejurus sampai ke Perak ialah ke Homestay Pendiat Perak. Kami disambut meriah dengan kompang , merenjis dan pertunjukan silat. Makanan tengahari dan minum petang disediakan oleh penduduk kampung. Antara makanan yang menarik perhatian ramai orang ialah bubur anak lebah. Sebenarnya bukan ada anak lebah dalam tu, cuma nama je. Hehehe. Pada sebelah petang pula ada aktiviti untuk kami semua. Antaranya memancing dalam botol, jatuhkan botol menggunakan bola dan yang terakhir bowling kelapa. Dan kami menang tempat ke-2 ! Ohyeahhh ! Geng "control ayu" gituuu . Hehe *akutakayu*

Kompleks Tuntung Bota




First time eh dengan "tuntung" ? Hehe.. ok lah.. ok lah. Uzu pun heran lah apa benda lah tuntung ni kan. Rupanya tuntung ni sejenis reptilia air tawar yang hampir pupus. Rupa dia macam kura-kura dan penyu, tapi bukan.. Dia tuntung lah. Hehe. Tuntung ni bertelur pada November hingga Februari. Telur tuntung ni pelik sikit tau sebab membujur dan memanjang. Susah nak explain. Lagi bujur dan panjang  dari telur yang lain. 

Bangkit Santan Seri Pendiat


Lawatan ke Industri Kecil dna Sederhana (IKS), 1 daerah 1 warisan. Itulah trademark IKS yang mana uzu berpeluang ke tempat penghasilan Bangkit Santan Seri Pendiat di Bota, Perak. Bangkit Santan merupakan kuih yang paling famous di Pekan Bota. Rasanya sedap ! RM10 je sebotol tapi kat situ kebanyakkannya orang borong dan dijual ditempat lain. Mereka menyiapkan 2000 biji setiap hari.

Restoran The Rayyan Steamboat & Grill



Makan malam kat Restoran The Rayyan Steamboat & Grill . Lama tak layan steamboat. Memang layan daging je lah. Most favourites. Bayaran masuk RM25 . Macam-macam ada. Udang, daging, ayam, fishboll, sayuran, nasi dan kuih muih. 

Menara Condong

Kami semua berkesempatan ke Menara Condong pada wantu malam tetapi Menara Condong tu tutup. Nampaknya takde rezeki nak masuk dan naik ke dalam Menara Condong.  Hanya gambar pada waktu malam je sebagai kenangan. Cantik juga Menara Condong ni. 

Menara Condong dulu dikenali dengan nama Jam Tinggi . Sebenarnya dia ni tangki air ketika berlaku kemarau. Dulu pun tangki air ni dibina menegak tau tapi bila kena banjir yang agak tinggi lalu menenggelamkan tangki air tu, so dia pun jadi condong. Usia Menara Condong dah lebih 100 tahun dah. Lama jugak tu. Fuh...

Hari pertama dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti melawat beberapa produk(tempat pelancongan) di Bota, Perak. Alhamdulillah ia sangat menyeronokkan. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang bermakna yang uzu dapat pada hari pertama. Hari ke-2 pulak adalah hari yang paling best sekali ! Jom mancing udang !! Haaa uzu kan sambung di next entri. Nantikan ye. As-Salam !

Sumber Gambar : Tourism Malaysia Perak

10 comments