Segmen : DAILY AHMAD by NIL

As-Salam


Memperkenalkan Daily Ahmad merupakan artis baru youtube yang penuh bakat yang berasal dari Alor Gajah dan kini menerap di Kajang. Daily Ahmad pemegang Bachelor Graphic Design and Digital Media dan kini merupakan Pensyarah di Kolej Technology MEA. Daily Ahmad juga part time artis , designer dan photographer.

Daily Ahmad menerusi video di Youtubenya, Daily Ahmad mempersembahkan video hasil ciptaannya sendiri iaitu Si Manis yang telah pun ditonton hampir 500 penonton serta beberapa video cover by Daily Ahmad.

Lagu Si Manis hasil ciptaan Daily Ahmad satu lagu yang menarik untuk didengari, lagu yang boleh setanding dengan lagu-lagu yang berada di top 10 di carta radio pada masa kini kerana lagu ini sesuai didengari oleh semua golongan.


Lirik Si Manis - Daily Ahmad

LIRIK : dailyahmad
MELODY: dailyahmad
MUSIC: asry hasan
RECORD BY BATTERY LIMIT STUDIO

hey si manis
wajahmu sungguh rupawan
hatiku ini rasa tak keruan
wajah mu umpama bidadari syurga..terindah
terasa inginku memilikimu

hey si manis
kau sungguh mempesonakan
wajahmu berseri bagaikan bulan
senyumanmu bisa meruntuhkan jiwa..gelora
menggodaku di setiap masa

chorus
dan kaulah si manis
berikanlah ku cintamu
kanku jaga selamanya
walau apa halangan menduga......bersama
kan ku tetap ada disisimu....selalu
kau si manis di dalam hatiku

dengarlah si manis
ku lafazkan oh cintaku
terimaku seadanya
ku berjanji akan terus setia.......selamanya
tiada dua dan juga ketiga......dirimu
kau si manis di dalam hatiku (3X)

Lagu Si Manis yang menceritakan tentang seorang lelaki yang menyukai seorang perempuan yang sangat manis rupawan. Si Lelaki yang ingin memiliki hati si perempuan tersebut sehinggakan hati si lelaki tak keruan. Si lelaki telah melafaskan cintanya dan berjanji akan menjaga hati , akan setia kepada si perempuan.

Maksud dan lirik Si Manis ini benar-benar menarik pendengar terutamanya remaja dan dewasa yang tengah hangat bercinta ketika ini.

So, diharap lagu Si Manis dari Daily Ahmad ini akan mendapat sambutan hangat, disukai peminat, menjadi top 10 di carta radio dan semoga lagu Si Manis ini akan memperkenalkan Daily Ahmad di dalam industri hiburan Malaysia satu hari nanti. Good Luck Daily Ahmad !!

Siapa yang terpegun dengan suara kacak Daily Ahmad, bolehlah follow Daily Ahmad di facebooktwitter dan youtube serta instagram :)

1 comments