Majlis Sidang Media Pelancaran Acara Langkawi Naturally Magical, Kedah 2013


Majlis Sidang Media Pelancaran Acara Langkawi Naturally Magical, Kedah 2013 - Pada 16 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu, satu sidang media telah diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan.

Tetamu terhormat yang hadir ialah YAB. Dato Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah) Dato' Dr Ong Hong Peng (Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Azhar Mansor, (Presiden Langkawi Naturally Magical Sdn Bhd), Dr Yusuf Bin Ismail (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA), Haji Mohd Rawi Abdul Hamid (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah), Dato'Wira Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman) dan Mr.Inbashekaran Mariappen (CEO Langkawi Naturally Magical Sdn Bhd).

Majlis sidang media ini merupakan kerjasama yang statergik antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Pejabat Negeri Kedah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Naturally Magical Sdn. Bhd.

Festival yang dijadualkan selama 18 hari ini, yang mana festival akan bermula pada 19 Disember 2013 sehingga 5 Januari 2014 bertempat di Pantai Lagenda dan Pekan Kuah, Pulau Langkawi. Ianya dilihat bakal menjadi sebuah acara yang mampu menambah kepada tarikan sedia ada aktiviti pelancongan di Pulau Langkawi. Acara ini jugak merupakan acara "Highlight" kepada Majlis Perasmian Perdana VMY 2014 yang akan diadakan pada 4 Januari 2014 di Dataran Merdeka.


Pulau Langkawi, Kedah merupakan tempat yang julung-julung kalinya diadakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) dan pastinnya TMM ini akan memacu industri pelancongan Malaysia ke tahap lebih tinggi, melonjakkan industri pelancongan yang ideal bagi pelancong domestik dan antarabangsa.

Daripada statistik dan pencapaian kehadiran pelancong ke Malaysia pada suku tahun ketiga 2013 (January-September 2013) adalah sangat membanggakan dan pengiktirafan demi pengiktirafan diterima oleh negara kita yang mana Kuala Lumpur diiktiraf sebagai destinasi ke-4 membeli belah yang terbaik di dunia.

Diharap negara kita akan mencapai objektif dan memberi impak positif kepada industri pelancongan terutama di Pulau Langkawi sebagai tempat utama Tahun Melawat Malaysia 2013 (TMM 2014)

4 comments