Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Putus Tunang Kerana Orang Ketiga?


Terkejut juga kami apabila dengar kisah yang disampaikan sumber terdekat pasangan ini yang mengatakan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose kini sudah tiada apa apa hubungan dan tekad memutuskan pertunangan mereka kerana kemunculan orang ketiga.

Segalanya berpunca kerana hadirnya orang ketiga dalam hubungan mereka dan menariknya, semua ini khabarnya berpunca dari Uqasha Senrose sendiri yang telah menjalinkan cinta lokasi dengan seorang pelakon lelaki lain yang menjayakan sebuah drama dengannya.

Butiran bagaimana hubungan sulit Uqasha Senrose dan pelakon lelaki itu berlangsung sehingga sampai ke pengetahuan Pekin Ibrahim dan juga ibu bapa mereka tidak perlu kami ceritakan di’sini — macam tidak percaya pun ada.

Khabarnya lagi, ini bukan kali pertama Uqasha Senrose terlibat dengan hubungan sulit dengan lelaki lain tetapi sebelum ini Pekin Ibrahim banyak mengambil pendekatan memaafkan kesilapan kekasihnya itu demi menjaga hubungan yang telah dibina bersama.

Namun kali ini, kesabaran Pekin Ibrahim memang diuji dan beliau khabarnya tidak mahu lagi memaafkan Uqasha Senrose atas ketelanjuran mengkhianati cinta mereka. Bunyi macam skrip drama ‘kan? Tetapi itu khabarnya yang berlaku ketika ini.

Mungkin memang tiada jodoh antara mereka berdua walaupun Pekin Ibrahim sebelum ini tampak bersungguh sungguh untuk mengahwini Uqasha Senrose. Hmm.

7 comments