Faizal Ismail Umum Letak Jawatan Penyampai Radio Hot Fm


Faizal Ismail Umum Letak Jawatan Penyampai Radio Hot Fm - Penyampai popular Hot FM Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI membuat kejutan kepada peminat dan pendengar stesen radio milik Media Prima itu apabila mengumumkan perletakan jawatannya ketika bertugas.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketiga bertugas dalam segmen Hot FM Am Krew kira-kira pukul 8.45 pagi tadi bersama rakan setugasnya AG.

“Banyak kenangan dan kejayaan telah saya perolehi sepanjang berada di Hot FM, Oleh itu, saya Faizal Ismail hari ini akan meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM,” katanya dalam siaran itu pagi tadi.

AG yang bertugas bersamanya dengan nada terkejut bertanyakan Faizal akan kebenaran pengumumannya sebelum lagu diputarkan.

Selepas pengumuman itu, Hot FM menukar siaran lagunya kepada Lagu Jangan Tinggal Daku, Jangan Diucapkan Selamat Tinggal dan beberapa lagu berunsur sedih.

Pengumuman itu seperti sudah dijangka kerana topik perbualan pada hari ini ialah berkenaan soal hati dan mereka hanya memainkan lagu yang berkaitan dengan hati.

Selepas itu, hanya AG yang mengendalikan konti Hot FM tanpa suara Faizal kedengaran lagi kemungkinan bertemu bos mereka Seelan Paul selepas beliau mendengar pengumuman Faizal itu tadi.

Itu rasanya adalah kali pertama seorang penyampai popular membuat pengumuman akan meletakkan jawatan ketika bertugas dan ternyata ia mencetus kejutan dalam kalangan peminat dan pendengar Hot FM, menurut sumber mynewshub.

Kemungkinan Faizal ada ‘job’ menarik agaknya yang hendak diberikan fokus, apa pun selamat berjaya

9 comments