Nahas Jalan Raya: Budak 3 Tahun Dakap Jenazah Ayah Selama 6 Jam


Tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menangis lebih enam jam sambil mendakap jenazah bapanya yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Keadaan jalan yang sunyi ditambah dengan hujan lebat membuatkan tiada sesiapa yang menyedari kemalangan itu sehinggalah beberapa pengguna jalan raya curiga melihat sebuah motosikal tersadai di bahu jalan berhampiran Universiti Curtain di sini, semalam.


Motosikal dinaiki Mohd Amin Abdullah, 28, dan anaknya, Mohd Ariel dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting ke bahu jalan dalam kemalangan ketika hujan lebat sekitar jam 12.30 malam.

Difahamkam berlaku ketika Mohd Amin dalam perjalanan menghantar anaknya ke rumah bapanya di Kampung Merikan, Lutong terletak tidak sampai 10 kilometer dari asrama pekerja didiaminya di Senadin, di sini.

Saksi yang juga rakan mangsa, Micheal Nyami, 24, berkata, dia dimaklumkan sebelum kejadian Mohd Amin menunggang motosikal untuk menghantar anaknya pulang ke rumah bapanya selepas seharian menghabiskan masa bersama sempena cuti umum, kelmarin.

5 comments