Takziah !! Ibu Pelakon Arja Lee Meninggal Dunia


Ibu kepada pelakon Arja Lee, Salmah Aziz telah meninggal dunia di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang, pada pukul 4 pagi ini akibat penyakit kanser lelangit yang dihidapinya sejak 13 tahun lalu.

Jenazah allahyarhamah telah selesai dimandikan, dikafan di hospital Selayang dan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras. 

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, hari ini.

Menurut Arja, pemergian allahyarhamah cukup dirasai kerana ibunya itu adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku-liku perjalanan sebagai insan seni.

Takziah MH Online ucapkan kepada Arja sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 

10 comments