Bonus Raya 2013. Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat & Kakitangan Awam?



Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.


Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

Kakitangan Awam : RM500
Pesara Kerajaan : RM250

Pengumuman Bonus Raya 2013 

Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.

Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

18 comments