Tahniah Kepada Pelakon Boy Norul Iman Timang Putera Sulung !


Tahniah diucapkan kepada pelakon, Boy Norul Iman yang telah menimang cahaya mata sulung pada 20 Jun lalu.

Bayi lelaki comel ini telah dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi bersama pengikutnya di akaun Instagram, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Boy Iman dan isteri telah diijabkabulkan pada 11.11.11 dalam majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.





1 comments