Kejam ! Ayah Tiri Dera Anak Tiri Berusia 7 Tahun


Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.


Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.


11 comments