Penyanyi Terkenal Stacy AF Utamakan Anak Berbanding Lelaki



PETALING JAYA: Penyanyi Stacy tidak akan berkahwin jika bakal suaminya nanti tidak dapat menerima kehadiran anak angkatnya, Bella Valentina yang kini berusia setahun.

Stacy, 23, berkata, dia lebih rela hidup membujang daripada berkahwin dan membesarkan sendiri anaknya itu tanpa bantuan sesiapa.

"Jika tidak boleh terima tidak mengapa kerana saya boleh hidup berdikari dengan anak saya. Tiada masalah," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Stacy berkata, dia tidak suka apabila masyarakat memanggil Bella sebagai anak angkatnya kerana tidak pernah menganggap kanak-kanak itu sebagai orang luar.

Jelas Stacy, seboleh-bolehnya dia tidak mahu Bella mengetahui dirinya anak angkat kerana terlalu menyayangi anak perempuannya itu.


Stacy bersama anaknya, Bella yang kini berusia setahun.
"Walaupun bukan saya yang melahirkannya tetapi saya adalah ibunya yang menjaga dia semenjak kecil dan tidak pernah sekali pun saya menganggap dia sebagai orang luar," jelasnya.

Tambah Stacy, dia kini semakin selesa bergelar ibu dan dapat menguruskan keperluan Bella dengan baik dengan bantuan ahli keluarganya yang lain.







"Seronok bergelar ibu kerana setiap perkara yang saya lakukan mempunyai matlamat dan hidup saya lebih terisi dengan kehadirannya.

"Malah setiap kali ingin keluar bekerja mesti rasa berat nak tinggalkan Bella," katanya.

Dalam perkembangan lain, Stacy berkata dia kini sedang sibuk mengumpul bahan untuk album terbaharunya yang dijangka akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

Katanya, kali ini dia bakal bekerjasama dengan komposer Audi Mok bagi album tersebut selain Edry Abdul Halim.

Stacy juga bakal melancarkan klip video terbaharunya berjudul Bosan dalam masa terdekat. - Mstar


9 comments