Tips Blog : Pekara Yang Perlu Korang Tahu Pasal Blog


Salam

Jumaat yang indah. Alhamdulillah.
Just nak share tips and info pasal blog. Hanya pandangan dan pendapat uzu sahaja



Berat Blog
  • Pastikan blog tak berat. Kekadang blog yang berat ni akan lambat loading sampai kekadang uzu rasa kurang selesa dan terus tekan pangkah. Kecuali memang uzu nak sangat masuk blog tu. Hehe

Please Click ENTER Welcome To My Blog
  • Elakkan ataupun disable atau pun dengan kata lain buang benda yang kena click Welcome To My Blog : Enter Here sebelum masuk blog. 

Gadjet Follower
  • Mengunakan gadjet Follower lebih baik daripada guna follower yang nak tekan kat atas blog tu.
  • Letakkan gadjet Follower kat atas sidebar korang. Sebab kekadang ade yang letak gadjet Follower kat bawahhh blog. Susah orang nak scroll. Nak follow pun tak jadi sebab jauh sangat nak scroll.

Shout Mix/Chat Box
  • Shout Mix atau Chat Box penting tau untuk orang tinggal jejak so bolehlah kita terjah diorang balik.

Music Player
  • Lagu kat blog? Dulu uzu suka letak lagu dalam blog tapi baru faham lagu mengganggu ketika hendak berblogwalking. Kekadang nak BW buka tab banyak-II then kebetulan semua blog ade lagu. Habis bercampur aduk lagu.
  • Kalau nak sangat, letak button pause kat music player tu. Senang nak tekan pause kalau lagu tu menggangu. okay?

Widget
  • Buang widget atau hiasan-II yang tak perlu kat blog, contoh gambar cartoon Welcome To My Blog. Tak penting pon. Semak ade lah.. Memang comel pun benda tu tapi kekadang nampak semak. Nak follow pun susah sebab gadjet tu menganggu. Ada uzu tengok macam tu ^^
  • Selain tuWidget CCTV kat blog? CCTV yang bergerak-II tu? Fungsinya ape ye? kalau takde fungsi atau sekadar hiasan, baik buang.. hehe ^^

Background Entry
  • Background blog digalakkan guna kaler putih .Kalau yang guna yang kaler pun boleh asal kaler tulisan tu bertentangan supaya senang kita nak baca :)

Jenis Tulisan
  • Jenis tulisan mesti lah senang di baca. Tak perlu guna tulisan yang ade style-II. Kalau nak pun cari tulisan yang boleh baca k ? ^^
  • Guna tulisan macam uzu ni kat best, Times New Roman sebab senang nak baca entry :)

Saiz Tulisan
  • Saiz tulisan tu biar lah yang senang di baca. Jangan lak yang kecik, yang besar pon tak lawa sebenarnya. Terbeliak biji mata nak membaca. Hoho

Live traffic Feed
  • Memang best kot tapi rasanya tak penting sebab kita boleh check kat nuffnang. Lagipun ambik ruang yang banyak. Tak gitu?


Label
  • Yang ni uzu pun tak boh sangat. Kalau label tu sikit takpe jugak tapi kalau label korang lebih 50? Kan dah penuh ruangan kat blog. Ade kot uzu tengok tadi masa blogwaling. Kat ruangan footer penuh sebab label je.

Word Verification 
  • Word Verification kat ruangan comment ade lah paling tak suka sebab bila semangat nak komen, tetiba ade lak word verification. Kekadang buat uzu tak jadi nak komen. Kekadang taip betul pon dia kata salah.
  • Word Verification kat chat box. Haa ni dah kena tadi. Tak perlu. Uzu nak tinggal jejak tapi ade word verify lak kat chat box. terus tak jadi nak tinggal jejak. hehe ^^

Scrolbox
  • Pasang scrollbox untuk gadjet yang panjang. Tadi uzu nampak panjangnya nya entry list dia. sampai ke bawah..Ade gak bloglist yang panjang berjela.

Gambar 
  • Buang gambar-II yang tak penting dalam blog. Ada macam album gambar dah kat side bar sesetangah blog.. Boleh je kot tapi susun dengan teratur..

Malware
  • Ada malware , Danger : Malware Ahead . Patut buang ni..

Like Box
  • Like page box boh yang biasa-II kan best. Macam blog uzu kat atas. Button like kecik comey je. Ade yang letak box untuk Like Page tu sampai ambik 2 3 kali ganda ruang.

Sidebar Bergerak
  • Sidebar bergerak? Atau bila disentuh, bergerak senget . Lawa memang lawa tapi pening kekadang..Hehe


Video
  • Boh video youtube ? Better tak perlu sebab makan x penting sebab orang kalau nak tgk video, boleh tengok direct kat youtube.

Rasanya ini je kot uzu nak bagitau. Bukan nak berlagak tapi nak tolong korang . Tips ni kalau amalkan, orang rasa sejuk je lawat blog kita, so diorang akan datang lagi. Tak gitu?

Sekadar perkongsian. Kalau ada yang terasa ke apa,
uzu minta maaf. Hehe ^^

k Bye Salam

P/s : Minta tolong klik SINI dan SINI. Bersedekah kat uzu Jumaat ni :)



29 comments