Shila Amzah Ditemui Selepas Dilaporkan Hilang Sejak 7 Hari Lalu





Kehilangan Shila Amzah menimbulkan kerisauan bapanya ND Lala
Oleh kerana segala usaha untuk mengesan anak perempuannya itu menemui jalan buntu memaksa beliau membuat laporan polis seperti yang dilaporkan oleh akhbar BH

Dalam laporan itu menyebut Shila Amzah dilaporkan hilang sejak enam hari lalu. Laporan polis kehilangan penyanyi itu dibuat oleh bapanya ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis IPD Kajang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Difahamkan kehilangan Shila sejurus selepas kembali dari mengikuti promosi di Shanghai minggu lalu, ada kaitan dengan kontroversi percintaanya dengan Sharnaaz Ahmad yang dihalang ibu bapanya
Terkini menerusi laporan akhbar BH juga,Shila yang hilang sudah berjaya ditemui oleh bapanya.Berikut adalah laporan tersebut.

Penyanyi terkenal, Shila Amzah, 23, yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu ditemui di Kemaman, Terengganu, malam semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya.

Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan BH, hari ini

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu


Read more: http://www.enciknakal.com/artis/shila-amzah-hilang-sudah-ditemui#ixzz2KYUymPtc

6 comments