Hero Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf Rupanya Tunangan Orang


Salam.


Terbaca kat entry Zam tentang hero setia hujung nyawa, Amar Asyraf yang sudah menjadi tunangan orang.

Amar Asyraf yang telah bertunang sejak tahun lalu merancang ingin menamatkan zaman bujangnya setahun lagi jika tiada aral melintang. Amar Asyraf yang bertunang pada hari raya ke tiga thun lalu mengatakan bahawa dia belum sedia mendedahkan siapakah tunangnya.

Nama tunang Amar Asyraf hanya dikenali sebagai Arna yang mana merupakan seorang pengarah produksi terlibat juga dalam bidang teater.

Ditanya tentang penerimaan peminat setelah mengetahui dia sudah bertunang, Amar yakin peminat sekarang bijak menilai bakat dan tidak kisah walaupun pelakon itu sudah pun berkahwin, contohnya Aaron Aziz yang berjaya walaupun dah kawhin. Dia tidak kisah lewat dikenali tetapi percaya dengan bakat yang dimilikinya mampu buat orang tahu keupayaannya berlakon.


17 comments