Objek Misteri 7 Sayap Terbang Di Sabah


As-Salam

Sapa ada tengok Buletin Utama kat TV3 beberapa hari yang lalu?

Konon2nya ada objek misteri terbang di Sabah. Apa benda tu agak2nya?

Nak tengok video ni? klik SINI

Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteri yang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata ini kali pertama objek itu ditemui di Sabah.

Sebelum ini TV3 melaporkan penemuan objek misteri yang seakan mempunyai 7 pasang sayap.

Visual objek itu berjaya dirakamkan menggunakan kamera definasi tinggi, HD oleh seorang pengembara British, Matthew Lazenby, dua minggu lalu di sebuah gua yang lokasinya dirahsiakan.

Rakaman beliau menunjukkan beberapa objek ganjil sepanjang lima sentimeter hingga lima belas sentimeter, yang bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh terapung.

Matthew mendakwa objek itu bukan serangga kerana kelawar dalam gua melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan. sumber


p/s : Dulu kat Sabah kecoh ada Keranda Terbang dekat airport.. Kali ni objek misteri yang terbang.
Nak tahu sama ada betul atau tidak tentang objek misteri ini?? Kita tunggu kajian terperinci.

k bye Salam

16 comments