16 Perkara Perempuan Kena Tahu Pasal Lelaki


As-Salam
Straight to the tittle post, jom kita baca perkara tentang lelaki..

Sebelum you all menuduh bukan-bukan dan berfikiran skeptik bahawa ‘semua lelaki sama je,’ jom baca dulu perkara-perkara yang you all perlu tahu tentang lelaki nie.




  • Bila seorang lelaki menyukai perempuan, perempuan itu tak semestinya cantik. Lelaki  juga boleh terpikat dengan keperibadian yang lemah-lembut dan kesopanan seseorang perempuan  Cara berfikir dan minat sama juga antara satu lagi sebab. Ini kerana bagi lelaki , perempuan tersebut mudah dibawa berbual dan boleh berkongsi idea.

  • Lelaki  juga boleh jadi seorang yang mengambil berat dan prihatin.

  • Kebanyakan lelaki  sukar meramal perasaan sebenar perempuan. Jadi perempuan perlu berterus-terang dengan lelaki .

  • Lelaki boleh terima penolakan, tapi dengan cara baik.

  • Demi untuk menambat hati perempuan, lelaki  sedaya-upaya akan menunjukkan sikap gentleman dan machonya.

  • Majoriti lelaki  akan gelisah waktu mahu mengajak perempuan untuk first date, apatah lagi sewaktu keluar bersama.

  • Perasaan lelaki terhadap perempuan memang kuat. Sebab tu they all suka sangat memandang dan menjeling perempuan.

  • Bila lelaki mengatakan, “Emm, tengoklah dulu,” itu maknanya they all kurang bersetuju atau tidak secara tidak langsung.

  • Bila lelaki  bercakap direct to the point tentang sesuatu hal, itu maknanya they all berlaku jujur dan mengharapkan you all memahaminya.

  • Cemburu itu perkara biasa bagi lelaki . Lagi-lagi kalau perempuan tu asyik menyebut nama lelaki lain.

  • Lelaki  tidak boleh tahu dan memahami segalanya tentang perempuan hanya melalui buku. Disebabkan itulah they all selalu keliru dengan perasaan dan kehendak perempuan.

  • Walaupun rapat dengan ramai perempuan, namun hanya seorang perempuan yang benar-benar mampu menawan hatinya.

  • Bila hubungan terputus di tengah jalan, lelaki  juga akan merasa sedih. Cuma sedih itu tidak ditunjukkannya di hadapan orang.

  •  Kalau perempuan meminati seorang lelaki dia sepatutnya memberi hint. Kadang-kadang lelaki  nie agak malu memulakan langkah.

  • Lelaki akan berasa malu jika tidak mampu menolong perempuan.

  • Lelaki  sangat lemah dengan air mata perempuan  lebih-lebih lagi kalau air mata tu mengalir daripada perempuan yang dikasihinya.


So macam mana? Hehehe ^___^
k bye Salam =)

sumber




21 comments