Genap 7 Tahun Arwah Mak Tinggalkan Aku & Keluarga

 
 
Sedar nda sedar, kira punya kira, hitung punya hitung dah 7 tahun mak pegi..


**** 7 tahun lalu (22Jun2005)****


Masa tu aku di Tingkatan 3.. Macam biasalah bapak akan singgah jemput aku balik masa lunch time..
Pada hari tu, di dalam kereta tengah bincang pasal beg apa yang mo di pakai untuk pegi perkhemahan pengakap yang sepatutnya aku pegi keesokan harinya.. Cerita punya cerita sampailah dirumah..

Keluar dari kereta , aku terus naik p rumah dan buka pintu.. Bila aku buka pintu,
air mata terus mengalir tanpa segan silu.. Aku tengok mama kaku duduk dikerusi dan mata terpejam..
di depan mama ada kakak yang tercengang dan terduduk kaku yang sedang memerhati mama aku.. Di sangka mama tengah pengsan dan diperhati muka mama sambil diam membisu...

Tangisan aku waktu tu terus mengalir dengan deras walaupun aku belum dapat kesahihan yang mama ku tu pengsan atau sudah meninggal dunia..

Segera bapak aku suruh panggil jiran sebelah rumah(Kawan mak aku) datang ke rumah.. Dengan tangisan yang masih mengalir aku gagahkan suara memanggil makcik tu dan datang ke rumah..

Sampai di rumah, mama yang tadi di kerusi di alihkan ke kebilik.. kawan mak aku periksa nadi dan mengatakan "Sudah meninggal....."

Ya Allah hanya tuhan yang tahu perasaan aku waktu tu.. Kakak aku pun menangis sama..
Aku tengok bapak aku x menangis waktu tu tapi aku tau bapak adalah orang yang sangat sedih dan merasa kehilangan mama pada waktu tu.. Suami mana yang nda sayang isteri..

Mama dibawa balik ke kampung.. Sebelum gerak kekampung, sempat aku ambil dan bawa gambar mama bersama.. Di dalam perjalanan ke kampung mama, frame gambar tu aku pegang erat dan berkata di dalam hati meminta keampunan mama.. Aku sedar yang aku banyak buat dosa.. 

Sampai di kampung, rumah suda dipenuhi banyak orang..

Setelah di mandikan dan dikafankan..
Aku dan adik beradik diminta masuk ke bilik untuk melihat muka mama untuk kali terakhir..
Sanagat sayu jiwa aku.. satu persatu mencium dahi mama sampailah giliran aku..
Ciuman di dahi yang sejuk dan pada saat tu aku meminta kemaafan mama..
sungguh aku menyesal apa yang aku buat pada mama :(

Mak dikebumikan selepas maghrib dan ketika tu hujan.. Tetapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...

Ya Allah, sungguh aku mama :(

Mama yang mengandungkan aku 9bulan 10 hari, mama yang berjihad melahirkan aku.. Mama yang menyusukan aku.. Mama yang memberi makan aku.. Mama yang ajar aku berjalan.. Mama yang ajar aku bercakap.. Mama yang mendidik aku.. Mama yang membesarkan aku sehinggahlah aku sekarang berumur 22 tahun.. 

Mama seorang yang baik hati, setia pada suami, taat pada Allah, menyayangi anak-anaknya, penyabar segala dugaan yang di hadapinya..

Mama dah lama sakit selepas lahirkan adik bongsu sampailah penyakit tu teruk dan ajal menjemputnya..

Ya Allah, sungguh aku rindu mama :(
 
 
 ********************
 
 
 Hari ini, ku sedekahkan surah yassin untuk mama :(
Semoga mama tenang di sana dan di tempatkan di tempat orang2 yang solehah..
 
InsyaAllah,  Akan ku sedekahkan surah yassin pada setiap malam Jumaat..


"Ma........tiada yang dapat gantikan kasih sayang mama selama ni.."

Salam sayang dari anakmu =)
..Al-Fatihah..

7 comments