Allah dah ambik dia....

Allah dah ambik dia....:
Salam.. Hari ni aku off day so aku baru ada masa mo update blog.
banyak cerita yang belum lagi aku cerita dengan u all.
ada cerita baik punya.. cerita sedih.. cerita menyayah hati , cerita lawak tapi aku belum sempat mo update.

tapi hari ni aku rasa mo cerita pasal cerita yang menyayat hati.
al kisahnya macam ni.

Aku bekerja dan mengenali adik kepada bos aku iaitu Pak cik Mat.
Pak cik mat yang berusia dalam lingkungan 4a tahun.
Pak cik ni sangat sporting dan baik hati.
setiap kali dia datang di tempat kerja, aku, anak bos dan kawan aku yang lagi sorang ni, c biah namanya selalu bergurau dan bermain.
macam tu la keadaan kami kalau dia datang.
boleh dikatakan sangat rapat.

Ada satu hari,
pak cik datang bsama sepupu dia dan bawa ikan.
ikan tu Fresh lagi. dia mo jual dengan abg dia (bos kami) ..
so aku tegur la dengan niat main-main ja
" ko ni pakcik, adik bradik pun mo bkira"
dia hanya balas dengan senyuman..
ya la kami kan tengah bgurau..

hari tu macam lain ja. dia bergurau bukan macam selalu.
terdetik juga di hati aku tapi aku biarkan ja
selalunya kalo pasal bgurau , dia akan balas gurauan itu selagi dia boleh
tapi hari tu, bila bgurau, dia cuma senyum dan diamkan diri.
pelik..

hari isnin yang lalu punya lalu,
bila aku bangun pagi mo bsiap p kerja,
macam biasa la tiap kali bangun kena check hp dulu.
so aku dapat sms dari no yang x dikenali.
sms tu menyatakan bahawa pakcik telah meninggal dunia pada malam hari isnin kerana terlibat satu kemalangan.
Astagfirullah.
aku terkejut dan tidak menyangka apa yang terjadi.
nda sangka gurauan yang pelik itu sebagai tanda akhir pakcik tinggalkan untuk kami semua.

Pak cik mat terlibat dalam satu kemalangan di sekitar Rampaian.
Kemalangan itu membawa maut .
pakcik mat dan sepupunya dirempuh sebuah perodua Alza berhampiran dengan pusingan U.

dia di kejarkan ke hospital untuk pemeriksaan forensik.
Sepatutnya jam 9 pagi selasa jenazah arwah boleh dituntut, tapi mengikut kata ketua kampung, kena sama-sama jalan dengan arwah sepupu beliau.
Akhirnya arwah sampai ke rumah jam 5 lebih dan di kebumikan pada malam tu juga.

mengikut cerita dari anak bos(Farah) , keadaan arwah teruk kerana terheret 100m .
bayangkan la kalo sudah diheret 100m apa yang jadi?
Astagfirullah.

Aku cuma mampu berdoa dan diharap arwah berada di tempat orang-orang yang berIman.
Mengikut kata saksi, ada yang nampak arwah sempat mengucap..
apa pun,
kini arwah telah pergi meninggalkan kami semua dan meninggalkan isteri beliau dan 7 orang anak yang masi bersekolah.

Sedih kan? memang sedih la...
Tempat kerja aku tu penuh dengan kenangan.


0 comments