MOIRA’S FIRST WORLD TOUR IN MALAYSIA

 

MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI LOKASI PERTAMA MOIRA WORLD TOUR 2024, MOIRA TERUJA DENGAN RESPON DARI PEMINAT MALAYSIA.


KUALA LUMPUR - 18 April, Moxy Sky Bar Putrajaya telah berlangsungnya sebuah sidang media penyanyi Filipina, Moira Dela Torre yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment.


Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, artis terkenal Filipina kini berada di Malaysia untuk sebuah sesi jelajah yang pertama dan memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama. Artis wanita berdarah seni yang cantik jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa.


Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines, Moira telah melancarkan EP yang pertama dan kini telah memenangi pelbagai anugerah sehingga kini. "Most Streamed Filipina Artist" Selama Tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira.


Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniti di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang dicipta sendiri selama lebih dari 10 tahun.




Berjuta perhatian dari peminat antarabangsa, kini lagu-lagu Moira telah mencecah lebih 1 Billion stream di aplikasi penstriman muzik Spotify.


10 lokasi telah dipili untuk Moira World Tour 2024 dan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya, dia berpendapat yang bahasa Melayu dan Tagalog tidak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia.

Idola dan pujaan hati Filipina ini akan mengadakan konsert yang pertamanya bertempat di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam.






Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia.

Tiket mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja. RM 333 dan juga VIP.


Berikut merupakan senarai jelajah ke destinasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024.


MALAYSIA

April 20 - Kuala Lumpur


USA

May 18 - San Fransisco, California

May 19 - Los Angeles, California

May 24 - Washington State

May 25 - Pala, California Jun 01 - Stafford, Texas


CANADA

Jun 07 - Red Deer, Alberta

Jun 09 - Ontario, Toronto

Jun 15 - Saskatchewan

Jun 22 - Montreal, Quebec


Terima kasih kepada penaja yang turut terlibat. Rakan Radio Rasmi; Hitz, Rakan Tiket Rasmi; Livepass, Rakan E-Hailing Utama; Air Asia Ride dan konsert ini dipromosikan oleh Banyak Bagus Entertainment. Lokasi sidang media telah diadakan khas di Moxy

Sky Bar, Moxy Hotel Putrajaya.


Rujuk laman Instagram : @moxyputrajayahotel@moxyskybarputrajaya




0 comments