KUCATE'S GRAND LAUNCHING @ MAGICA EVENT HALL QUILT MALL

 

KUCATE'S GRAND LAUNCHING @ MAGICA EVENT HALL QUILT MALL | Salam.. Tadi petang uzu mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran iaitu produk KUCATE.. Pelancaran tadi ialah KUCATE GRAND LAUNCHING yang diadakan di satu event hall sangat besar dan cantik deco dewan dia, iaitu di MAGICA EVENT HALL QUILT MALL , KL..

Founder bagi produk KUCATE ialah Datin Noor Kartini.. KUCATE dilancarkan pada tahun lepas, bulan November 2021, dan bulan ni telah masuk bulan kelapan KUCATE dipasaran..Tahniah di ucapkan..

Apa itu KUCATE?

Nama KUCATE diambil dari nama dari nama singkatan kelantan, KACAU TEA, jadi KUCA TEA, so jadilah nama KUCATE.. Ada tiga flavour setakat hari ini iaitu :

  1. KUCATE Ginger & Chrysanthemum Honey Herbal Tea [Happy Tummy]
  2. KUCATE Osmanthus & Longan Honey Herbal Tea [Stress-free]
  3. KUCATE Rose & Chrysanthemum Honey Herbal Tea [Beau-tea]

"Ia adalah teh yang paling cantik, paling menenangkan dan paling harum yang pernah anda miliki. Kami menggunakan bunga liar sebenar yang boleh dimakan, herba kering dan madu bunga liar.

Ada yang suka panas. Ada yang suka sejuk. Sama ada ia adalah teh yang hangat di bandar. Ada yang berpendapat ia adalah brownies. Anda akan melihat mengapa"

Sepanjang majlis diadakan, ada MC bertugas, ada VVIP terhormat, ada ucapan dari Founder, ada lucky draw, dan yang ramai-ramai pakai baju-baju putih ni, datang dari seluruh Malaysia, juga ada dari Singapore dan Brunei, iaitu seller, agent-agent KUCATE ! Wahhhhh semua ikut tema ye :p

Tak lupa juga ada anugerah-anugerah untuk agent KUCATE, top sales, top group sales, top personal sales, boleh tahan ye sales sampai juta juta... Agent yang berdaftar pula lebih daripada 21000+ orang. Uzu dah makin tertanya-tanya, ni mesti sedap ni kan KUCATE ni? Hihihi tak sabar nak rasa esok :p











Tidak lupa juga ada sambutan hari jadi ( birthday ) Founder KUCATE , Datin Noor Kartini yang ke 52 tahun tak silap uzu :D Nampakkk awek muda ye semua :p Happy  birthday Datin !!


Harga : RM69/sekotak

Untuk Matlumat Lanjut

0 comments