Heat Not Burn Technology Bakal Menyelamatkan Perokok-Perokok!!

Heat Not Burn Technology Bakal Menyelamatkan Perokok-Perokok!! | Salam.. U olss sihat tak? Harap-harap korang sihat sempena zaman pandemik ni ye.. Time covid ni uzu tengok, rakan-rakan facebook uzu yang kena positif covid19..Harap-harap sekarang korang dah sihat ye... Sama-sama doakan bumi kita makin jauh dengan covid. Sila jaga diri ya sentiasa .. Okay?

Btwww guys, berbalik kepada tajuk entry uzu ni, haaaa ada tak pembaca blog uzu kat sini yang merokok? Atau suami, isteri yang merokok? Haaaa uzu ada berita baik nak share dengan u olsss !! Ada pengganti rokok yang guna teknologi baru .. Haaa nak tau tak ape? Haaaa Teknologi yang bakal menyelamatkan perokok-perokok termasuk menyelamatkan suami uzu yang kaki rokok :p Hehehe Okayyyy I'm presenting to youu.... Heat Not Burn Technology!!! Haaa apa tu Heat Not Burn Technology?? Jomm baca info lanjut kat bawah :

Apa Itu Heat Not Burn Technology??


Produk tidak terbakar haba ialah peranti elektronik yang mengandungi daun tembakau. Apabila anda memanaskannya, ia menghasilkan wap yang mengandungi nikotin, yang anda sedut.

Ia berbeza daripada rokok konvensional dalam mekanismenya, yang memanaskan tembakau kepada suhu yang jauh lebih rendah. Dalam peranti tidak terbakar haba, tembakau dipanaskan hingga 350 , berbanding rokok tradisional yang membakar sehingga 900 .

Walaupun begitu, suhu dalam produk haba tidak terbakar masih cukup tinggi untuk bahan kimia berbahaya diwap dan dihidu.

Pun begitu, tiada bukti yang mencukupi memberitahu produk haba tidak terbakar adalah lebih selamat daripada rokok tradisional.

Walaupun serupa kerana kedua-duanya ialah peranti elektronik, produk haba tidak terbakar berbeza daripada e-rokok atau peranti vaping. Ini biasanya menggunakan cecair kimia, dan tidak semestinya mengandungi nikotin. E-rokok cenderung memanaskan cecair kepada sekitar 250 untuk menghasilkan wapnya.

 Suami uzu merokok, abang dan adik uzu pun merokok, tapi bila tanya apa beza rokok, nikotin dan tobacco? Masing-masing jawab benda yang sama, entah.. semua sama je.. semua rokok!! Haa diorang tak tau perbezaannnya.. Meh lahh uzu nak share sikit mengenai Tar, Nicotine, dan Combustion..

Info mengenai Tar, Nicotine, dan Combustion

Tar Rokok: Adalah zat kimia dan partikel padat (solid carbon) yang dihasilkan apabila rokok atau tembakau dibakar. Ia mempunyai sifat karsinogenik dan boleh menyebabkan pertumbuhan sel-sel kancer dan menyebabkan gigi menjadi berwarna kekuningan

Nikotin :  Adalah senyawa kimia yang secara alami ada pada berbagai tumbuhan dan ia mempunyai sifat stimulan ringan dan adiktif sehingga dapat menimbulkan efek ketergantungan. Tetapi nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok

Asap Rokok : Apabila sebatang rokok dinyalakan, gabungan tembakau (bahan api) dan oksigen di udara menghasilkan proses pembakaran mampan sendiri yang memakan tembakau.... Pembakaran tembakau mengakibatkan pembentukan asap (yang mengandungi julat juzuk kimia), haba dan abu.

Suami uzu kan merokok, memang sangat-sangat merbahaya kepada beliau. Rasa tiba-tiba risau pulak mengenai kesihatan dia lepas ni.. Rasa macam nak mintak dia stop terus merokok..!! Errr tapi tau tau lah perokok ni bukan senang nak stop.. Huhuhuhu.. Sobsss. Lepas ni kena guna heated tobacco product (HTP) ni sebagai alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) untuk mengurangkan kemudaratan. Merokok ni agak memudaratkan sebab boleh release asap rokok yang merbahaya dan ada chemical yang memudaratkan.

So guyss.. Bila dah tau info pasal rokok ni? Cane ok tak? Boleh suggest kat suami korang, isteri korang yang merokok, atau anak-anak muda kita, adik-adik, abang yang merokok, boleh tukar dahh kepada heated tobacco product ye !! Uzu rekemen sangat-sangat tukar kepada heated tobacco product !! Ok guysss.. Semoga dengan ada alternatif bebas asap rokok seperti ni boleh membantu perokok-perokok mengurangkan kemudaratan !! Salam.

rujukan :

https://www.google.com/amp/s/theconversation.com/amp/what-are-heat-not-burn-products-and-are-they-any-safer-than-traditional-cigarettes-132008

https://www.alodokter.com/nikotin-vs-tar-manakah-yang-lebih-berbahaya


0 comments