Belajar Niat Solat Fardhu


Belajar Niat Solat Fardhu | Assalamualaikum.. Sebagai umat Islam, apa yang uzu perhatikan bahawa, banyak umat-umat Islam tidak menunaikan solat fardhu. Apa yang kita semua dah maklum bahawa solat fadhu itu ialah solat-solat yang wajib kita tunaikan setiap hari. Sepertimana yang kita tahu, solat fardu ialah solat subuh, solat zohor, solat asar, solat magrib dan terakhir ialah solat isyak yang mana waktu-waktu solat fardhu telah pun ditetapkan oleh Allah iaitu pada :

1. Solat subuh : Bermula dari fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam ( 2 rakaat )

2. Solat zohor : Bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. ( 4 rakaat )

3. Solat asar : Bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. ( 4 rakaat )

4. Solat maghrib - Bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. (3 rakaat )

5.Solat isyak : Bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. (4 rakaat)

Wajib sebagai umat Islam menunaikan solat. Tetapi ada beberapa perkara yang dimakhrukan untuk menunaikan solat iaitu pada waktu :

Waktu Makruh Solat Fardhu

  • Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
  • Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
  • Ketika matahari di tengah-tengah langit.
  • Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
  • Ketika masuk matahari.
Orang Islam kenalah berpegang teguh kepada asas-asas kehidupan berpandukan ibadah-ibadah wajib. Solat Fardhu adalah kewajipan dan ini adalah amalan terpenting sekali yang bakal ditanya dan disoal siasat di akhirat kelak. Jika gagal, gagal lah juga amalan lain seperti puasa, sedekah, zakat , haji dan lain-lain.

Selagi kita masih waras, kita tidak dikecualikan untuk tinggalkan solat fardhu kecuali wanita yang keluar darah kotor. Walaubagaimana pun, wanita tersbut kenalah menggantikan solat fardhu tersebut dengan niat solat qada.  Jika seseorang itu bermusafir,diharuskan untuk mengjamakan dan mengqasarkan.

Solat yang terbaik adalah untuk lelaki ialah secara berjemaah contohnya menunaikan solat jemaah di masjid, mengkusyukkan solat, mengambil wuduk dengan sempurna, maka pahala bagi lelaki berjemaah 27 kali ganda dengan berbanding solat sendirian di rumah.

Untuk mendapat lagi banyak pahala solat, antara sunat-sunat yang dilakukan sebelum solat ialah pertama, dengan azan, untuk memaklumkan bahawa waktu solat fardhu telah pun masuk. Kedua, iqamah dan ketiga bersugi. Membersihkan mulut dengan gigi dengan alatan bersugi.

Kepada yang baru hendak belajar solat, ini adalah waktunya.. Lambat belajar solat lagi baik daripada yang terus meninggalkannya.. Untuk yang baru nak belajar solat, belajar niat solat fardhu !


0 comments