Tempat Menarik Di Kota Kinabalu 2018 : My Nurul Homestay


Tempat Menarik Di Kota Kinabalu 2018 : My Nurul Homestay | Assalamualaikum. banyak tempat yang uzu dapat cover sepanjang hampir sebulan lebih uzu di Sabah.. Apa yang menarik perhatian uzu ialah homestay milik blogger sabahan yang mana pernah famous satu ketika dahulu huhuhuuu siapa tak kenal Miraa Hussin ! Lama jugak Miraa senyap alih alih dahh habis study dan sekarang ni tengah menjaga amanat untuk bertungkus lumus menaikkan homestay milik ibunya huhu..

uzu ke sini sebab yang utama adalah kerana tempat ni cantik! Dan sebab kedua, sebab nak support rakan blogger sabahan kita ni ha.. So uzu singgah datang juga sehari sebelum uzu fly ke KL.. Setakat datang ambik gambar dan just rileksss sesambil main rakit buluh ia cukup untuk uzu.. Yang penting dapat spent time with quality person awrrr my bff haaa sanggup dia apply cuti semata nak bawak uzu ke sini ! Tq Jun :)

Perjalanan kami Dari Putatan mengambil Masa lebih kurang 45-60 minit.. Kami ikut jalan lama so jalan tidak rasa sebab lebuhraya pan Borneo masih dalam pembinaan. untuk masuk ke tempat ni , jangan bawak kereta yang lowerd. jalan Raya otw nak ke Ponohuan ni jalan x berturap. jalan x berturap ni x panjang dalam 50-100 meter sebelum sampai ke My Nurul Homestay. Parking disediakan di sini.. Ni gambar Kat bawah adalah tempat parking.My Nurul homestay di belah Kiri gambar..
Baru Kat parking pun dah ada spot cantik hehe
Yang Ni pula pintu masuk My Nurul Homestay

Sebelum masuk korang akan nampak 2 bush homestay di sebelah kanan, yang Mana rate homestay disini bermula rm100-180 semalam.



kalau korang nak tau,Apa Yang istimewanya disini, harga tiket Masuk RM5 untuk dewasa dan dan juga kanak-kanak RM2 termasuk :

✔️Jaket keselamatan
✔️Tempat BBQ
✔️Surau
✔️Bilik Persalinan
✔️Public area
✔️Toilet awam
✔️Mini boat
✔️Huts
✔️Float
✔️Jump spot
✔️Tarzan swing area
✔️Hammork

haaaa murah Kan? Memang terkejut lah kami berdua disini sebab ikutkan kalau compare kat tempat lain, kemudahan-kemudahan disini di cas harga lain.. Itu yang membuatkan uzu rasa seronok datang sini..Hehe ..








Lepas dah puas mandi Manda, terjun sungai, main rakit, korang bolehlah ber BBQ dengan family  tersayang hehe.. Cuma jangan lupa bawak bahan mentah sendiri so u olss bolehlah makn makan pula lepas penat mandi manda hehehe.. Kalau nak tukar baju ke nak solat ke semua ada sini :) So untuk sebarang boleh lah korang.contact My Nurul Homestay di info kat Kat bawah ye.. Ok lah byee u olss. Salam..

Harga Tiket : 
RM5 dewasa , RM2 kanak-kanak
Harga homestay :
RM100-180/semalam

Waze : My Nurul Homestay

Untuk matlumat lanjut

Number phone : wasap.my/60142021208

6 comments