Buat Rawatan Whitening Teeth / Putihkan Gigi Di Klinik Pergigian Dr. Feeliz Dental Clinic


Buat Rawatan Whitening Teeth / Putihkan Gigi Di Klinik Pergigian Dr. Feeliz Dental Clinic | Salam.. Hihi uzu yakin ramai yang mengalami masalah gigi kuning  *eh gitoh* ni kan? T.. Gigi uzu takde lah kuning teruk, biasa biasa je tapi nampak lah kuning kalau pakai mekap hahaha.. Orang kata gigi kuning tu sihat. Ye yee ajeeee betul tak tu :D

Benarkan gigi kuning lagi sihat?

Ye mari kita belajar sikit mengenai gigi kuning.. Bila gigi kuning, memang lah sihat dan kuat, lepas tu kita buat bleaching, atau pemutihan gigi macam yang uzu buat ... Ada juga keburukan putihkan gigi, contohnya gigi sensitif dan lama-lama gigi akan rosak. So terbuktilah gigi kuning lagi sihat hehe ! Tapi bukan gigi kuning yang berkarat sebab malas gosok gigi tu je. Itu pengotor ! hahaha..

So gigi uzu sihat sebab walaupun kuning sikit tapi bersih okayyy hahha.. Tapi uzu tak puas hati juga sebab kat dalam gambar nampak beza muka dengan gigi. Ketara gigi kuning tu.Stress tau ! Tu lah uzu sanggup ambik risiko sikit untuk putihkan gigi :) Yang penting korang tau baik buruk dia sebelum rawaran..

Lepas beberapa hari survey, uau cari kat google cari klinik pergigian yang ada putihkan gigi di area Cheras sebab dekat dengan rumah uzu, hee finally jumpalah Klinik Pergigian Dr Feeliz :) Banyak actually klinik gigi, tapi mostly cina... So akhirnya jumpa klink nama melayu ni..  Terus berkenan dan datang simni :)

Klinik Pergigian Dr.Feeliz

Klinik pergigian yang terletak di Cheras Kuala Lumpur.. Klinik pergigian yang menawarkan pelbagai jenis rawatan berkaintan gigi.

Jom tengok gambar-gambar dalam klinik pergigian Dr.Feeliz..
Simple dan kemas decoration kaunter dia ni..
Ruang menungggu.. Nampak moden.. Macam lepak dalam rumah je hehe..
sijil-sijil yang diiktiraf..
tandas pun cantik wakk .. allahu..

Bila lepak sesambil menunggu turn uzu, kat Klinik Pergigian Dr. Feezliz ni, uzu nampak satu catalogue kat situ.. Belek belek belekkk rupanya catalogue jenis-jenis rawatan gigi yang ada kat klinik tu.. Rasa teruja sebab banyak rawatan rupanya yang boleh merawat gigi kita... Hehe jom scroll gambar kat bawah.. Mana tau korang ada masalah yang sama :)

 1. Scaling & polishing ( pembersihan gigi )
 2. Filling ( Tampalan Gigi )
 3. Root Canal Treatment ( Rawatan Akar )
 4. Extraction ( Cabutan Gigi )
 5. Minor Oral Surgery Wisdom Tooth ( Pembedahan Kecil Gigi Bongsu )
 6. Denture ( Gigi Palsu )
 7. Crown ( Korona Gigi )
 8. Bridge ( Jambatan Gigi )
 9. Cosmetic Treatment ( A - veneers )
  9. Cosmetic Treatment ( B - Whitening )
 11. Orthodontic ( A - conventional braces )
  12. Cosmetic Treatment ( B - Retainer )

Hee betul kan cakap uzu? Banyak jenis rawatan yang tak pernah dengar.. Yang famous tu, scaling gigi, braces dan putihkan gigi.. Yang lain tak pernah tahu ada .. Ingatkan bila gigi dah buruk teruk tak boleh nak rawat kan? Rupanya boleh... and uzu buat rawatan Cosmetic Treatment ( B - Whitening ) , putihkanan gigi lah u olls !!..

Cosmetic Treatment ( B - Whitening )

Mula-mula uzu nak putihkan macam gigi artis tapi doktor kata gigi tak boleh putih sangat, paling putihkan , ikut gigi warna asal... Sebab 1, gigi uzu ada tampalan..sebab kedua nak putihkan gigi ikut keadaan gigi kita juga.. Mungkin doktor je sebab-sebab dia. So uzu putihkan gigi ikut warna asal. 

Putihkan gigi uzu ni, sekejap je.. 30 minit dah siap. Dalam proses ni adaa step by step. 1 lapisan 10 minit. so uzu 3 lapisan kalau tak silap.. so 30 minit lebih kurang uzu kat sana.. Kalau yang tanya , sakit ke putihkan gigi? Jawatan dia .. tak.. serius tak sakit hehe..
Nampak tak gigi kuning uzu yang sihat tu :p
 uzu neves :p grgr walaupun tak sakit.. hehe
 Tadaaa ! sebelum kat atas dan selepas kat bawah :) Beza kan?
Untu
Pantang Larang Selepasa Putihkan Gigi

1. Elakkan meminum minuman dan makanan berwarna dalam tempoh 24 ke 48 jam selepas pemutihan di jalankan. Begitu juga dengan rokok kerana gel pemutihan boleh memerangkap kotoran ketika ini.

2. Jangan gunakan lipstik sebaik selepas pemutihan kerana takut terkena gigi.

3. Tinggalkan makanan ringan kamu yang tidak berfaedah itu. Kerana pewarna dalam makanan tersebut boleh mencacatkan gigi kamu.

4. Jangan gunakan kit pemutihan yang dibeli di farmasi sebagai lanjutan kepada pemutihan yang kamu buat di klinik kerana takut bahan yang digunakan tidak sama dengan klinik.

Kepada yang ada masalah gigi, tak kisah masalah apa, atau masalah gigi kuning macam uzu ni, sampai malu nak ambik gambar nampak gigi, sampai malu nak senyum, boleh lah Buat Rawatan Whitening Teeth / Putihkan Gigi Di Klinik Pergigian Dr. Feeliz Dental Clinic . Uzu sangat-sanagat rekemen klinik ni. Servis terbaik. Lepas buat aappoitment, sehari sebelum rawatan, pihak klinik ada call buat reminder rawatan esok hari.. Maklumlah kita ni kekadang lupa sebab masing-masing sibuk. Uzu pun memang tak ingat nasib baik dia call ingatkan.. Waktu kata klinik , servis layanan kat sana semua okat. staff peramah apatah lagi doktor yang merawat :) Eh btw  kepada yang berminat boleh rujuk info kat bawah ye. Salam :)

Untuk Matlumat Lanjut
Dental Clinic Bandar Tun Hussin Onn
Contact : Call 03-90801321 Whatsappt 018-2048456 

23 comments