Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Oleh MTC : Tempat Menarik Agro Pencongan Di Langkawi
Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Oleh MTC : Tempat Menarik Agro Pencongan Di Langkawi | Assalamualaikum. Sepagi lagi kami berangkat ke Langkawi menaiki feri melalui jeti di Perlis . Perjalanan dalam 1 jam macma tu dah sampai. Kalau nak ke Langkawi lebih cepat dari jeti perlis , dan kalau kat kedah 2 jam macam tu lah hehe. Harga tiket ke Langkawi dari Kuala Kedah RM36/return .
LADA - Lembaga Pembangunan Langkawi
Sesampainya kami ke Langkawi, kami terus ke LADA atau lebih dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari wakil LADA . LADA ni berfungsi untuk membangunkan tempat-tempat menarik yang ada di Langkawi tak kira dari segi pertanian, agro tourism dan lain-lain . Antara produk-produk LADA yang terkenal dengan tempat pelancongan yang wajib dikungjungi pengunjung ialah Laman Lada , Langkawi UNESCO Global, Geopark, Air Hangat Village dan Oriental Village..
Ucapan dari pihak LADA
Laman Padi ..
Ada kerbau real k hehe
area untuk menanam padi..
BTW terima kasih atas makan tengahari yang disediakan oleh LADA.. Sedap lunch kat sini. View restoran pon cantik..
Untuk Matlumat Lanjut
Website : https://www.lada.gov.my/
Twitter : https://twitter.com/Langkawi_LADA
Emel:support@lada.gov.my
Alamat : LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI ,
Kompleks LADA, Peti Surat 60, Jalan Persiaran Putra , 07000 Langkawi Kedah
04-9600 600 - Pejabat 04-9600 509 - Faks
MARDI Langkawi
Mardi Agro Teknology Park telah dibangunkan pada tahun 1990. Ia berfungsi sebagai pusat pemindahan teknologi dan penyebaran maklumat mengenai industri agro. Taman ini juga direka sebagai tempat pelancongan eko-pelancongan bagi pengunjung ke Langkawi.
Mardi Agro Technology Park hanya 10 minit perjalanan dengan kereta / teksi dari Kuah atau Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Tempat-tempat menarik utama termasuk pusat maklumat teknologi, ladang buah-buahan tropika, ladang-ladang sayur berteknologi tinggi yang terlindung dan secara semula jadi dilestarikan kawasan sekitarnya untuk tujuan rekreasi.sumber
Selepas taklimat mengenai Mardi, kami ke Tropical Fruit Farm Mardi menggunakan kenderaan yang disediakan. Sesambil nak ke tempat makan buah-buah , nampak lah view yang sangat-sangat cantik sepanjang lawatan tu. Hihi..
Sempat merasa buah-buah fresh hasil dari ladang buah-buahan
Macam-macam ada tembikai pon ada..
tempak melepak sesambil makan buffet buah-buahan..
pokok ape ni ?
Mawardi jumpa bestfriend dia haha
ladang anggur..
bagi makan ikan keli ..
Actually kan, tempat-tempat macam ni memang jarang tourist datang, uzu pun sendiri tak tau wujudnya tempat menarik di Mardi ni. Rupanya kat sini menarik juga untuk dikunjungi. Selalunya yang datang tu rombongan sekolah, pihak media dan lain-lain . So sesiapa yang berhasrat nak ke mardi dan waktu tu musim buah, jangan lupa singgah sini makan duriannn ok ? :p
Harga Masuk : RM10
Sabtu - Khamis : 8.30 am. to 5.00 pm.
Jumaat - Tutup
Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://tatml.mardi.gov.my/
Contact : 604 - 953 2550 / 604 - 953 2551
Email : lgkagro@mardi.gov.my
Alamat : Agro Technology Park MARDI Langkawi , Jalan Padang Gaong
Lubuk Semilang , Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia
Amzar Motel Langkawi
Penginapan kami 2 malam di Langkawi ditaja oleh Amzar Hotel yang sangat-sangat dekat dengan pantai cenang. Kalau nak lepak pantai, menyeberang jalan raya haaaaa sampai pantai. 5 minit je. Area cenang kat hot spot . Memang banyak tempat penginapan kat sini hehe..
Bilik yang kami duduk
Amzar ni banyak hotel , chalet dan motel. Yang uzu duduk ni hotel baru Amzar. Bangunan baru lagi dibina. Sangat-sangat selesa dan besar. Nampak dari luar macam hotel murah tapi di dalam fuh boleh tahan. Semua serbi baru.. Macam hotel mewah. Ada katil 2 queen hihi sangat-sangat selesa untuk 4 orang .. Bilik yang kami duduk ialah Amzar Family Room .
Kenapa Wajib korang Pilih Amzar Hotel Cenang Langkawi?
1. Terletak di jalan utama
2. Dekat dekat night street market
3. Dekat dengan pantai cenang
4. Takde sistem booking waktu peak hour
5. Kawasan parking sangat luas
6. Safety ok
7. Ada aircon, tv, wifi
8. Harga murah
Harga Bilik : RM200/ semalam
Untuk Matlumat Lanjut
Contact : 012-4706500 (anuar) @ 012-5139208 (amzar) @ 012-4331354 (haji ismail)
Alamat : Lot 1659, Jalan Pantai Cenang Langkawi
Tourism Networking Night @ Holiday Villa
Tourism Networking Night diadakan di Holiday Villa , majlis meriah dengan tetamu-temamu VIP yang datang tak lupa juga Manager Holiday Villa , dan lain-lain. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara Road To Agro Tourism dengan pihak-pihak yang berkaitan dengan pelancongan ( hotel, tempat pelancongan dan tour guide ) ..
Ucapan dari manager Holiday Villa
Dewan dipenuhi oleh peserta-peserta Road To Agro Tourism..
sesi interview owner-owner resort..
Thanks a lot to handsome manager :p
Yaa sapa nak ke Langkawi tapi tak nak duduk motel , homestay , nak duduk penginapan yang selesa boleh stay kat Holiday Villa Langkawi okay ? Memang cantik hotel. Siyes.. Hihi. 4 star hotel kot...
Untuk Matlumat Lanjut
Twitter : https://twitter.com/Holiday_Villa
Alamat : HOLIDAY VILLA BEACH RESORT & SPA LANGKAWI KEDAH
Lot 1698, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, Daerah Langkawi, 07000 Kedah Darulaman, Malaysia
Contact : +60 4 952 9999 , +60 4 955 1504/2211
Email : reservation@lgkhvl.com
Pusat Kraftangan Malaysia Langkawi
Pada hari kedua di Langkawi , kami terus ke Pusat Kraftangan Malaysia Langkawi yang mengambil masa 45 minit - sejam dari cenang untuk sampai ke tempat ini . Tempat ini adalah tempat pengumpulan hasil-hasil kraftangan bukan sahaja dari penduduk langkawi tapi koleksi dari seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak..
Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.
topi nak?
mencanting batik
jadi hiasan bilik kepala katil ni cantik kan?
Minyak gamat ke minyak kelapa dara semua ada
Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri..
Tiket Masuk : Percuma
Waktu Operasi : Ahad - Rabu / Sunday - Wednesday 8.30 am - 5.30 pm
Khamis / Thursday 8.30 am - 4.00 pm
Untuk Matlumat Lanjut
Email : kklangkawi@gmail.com
Contact : 04-959 1913
Alamat : Teluk Yu, Bohor 07000 Pulau Langkawi, Kedah
Ok dah setel update sikit kat Langkawi. For next entry uzu akan update lebih mengenai aktiviti kat Langkawi.. Btw entry ini dipublish khas untuk Malaysian Tourism Council (MTC) untuk FAM TRIP Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara . Salam. hihi :)
1 comments