Rentak Selangor 2017 : Gamelan . Wayang Kulit Jawa & Kompang Jawa

Rentak Selangor 2017 : Gamelan . Wayang Kulit Jawa & Kompang Jawa | Salam. Rentak Selangor telah pun diadakan untuk kali kedua dan kali ini lebih banyak budaya dan tarian yang kami telah menjejah di negeri Selangor.

Untuk hari pertama, kami bertolak ke Muzium Sejarah Kuala Selangor. Muzium . Best dengar cerita pasal Kuala Selangor..Banyak sejarah yang kita tak tau pasal Selangor terutamanya uzu ni berasal dari Sabah.. Memang best dengar.
Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu. 
Lepas tu kiterang ke Makam. Makam ni tutup sementara untuk tujuan renovation.. Tapi dengar cerita kalau nak ke makam ni better p pagi tengahari. Lepas zhor rasanya baik elakkan.. Reasonnya? Haa uzu pon tak taw.. Hihi..

Check in di The Cabin. Penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam adalah ditaja oleh The Cabin. Thanks The Cabin ! Memang seronok kan bila stay kat tempat macam ni ? Best giler :D
 cantik tak? :p Nanti uzu nak buat 1 entry khas untuk The Cabin :)
Lepas check in di The Cabin, kami rehat dan solat dan seterusnya ada majlis pelancaran Rentak Selangor di The Cabin.. Selepas perasmian Rentak Selangor 2017, majlis diiringi dengan alunan muik gamelan dan wayang kulit. Uzu kalau bab muzik-muzik ni memang suka :D Kami siap belajar macam mana main gamelan . Rupanya senang je sebab ada code muzik yang senang faham :) 
Wayang kulit tu pulak memang first time uzu tengok. Selama ni kat tv jer.. Sepatutnya persembahan wayang kulit ditayangkan pada waktu malam tetapi diawalkan pepada waktu petang. kata nya tak elok main waktu malam.. Gitu lah kekdahnya..
Kompang Jawa . Kompang Kadaro Kampung Pasir Panjang. Persemabahan kompang dimainkan sebagai teaser. Waktu malam pulak persembahan kompang jawa dimainkan selama beberapa jam untuk mengiringi majlis makan malam pada hari pertama.. Best tau kompang jawa ni.. Macam-macam jenis alunan kompang yang kiterang dengar .. Rasa macam nak menari pulah haha.

Hari pertama Rentak Selangor telah pun berakhir sampai disini je. Kita sambung pulak pada hari kedua. Best itinerary hari kedua ni.. :D Tak sabar nak cerita. Hihi. Ok lah korang. As salam :)

Terima kasih diucapapkan kepada #RentakSelangor 2017, Gaya Travel Magazine dan juga Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development sebab mengadakan trip yang sangat best dan rasa macam tak sabar pulak nak join Rentak Selangor 2018 :p

0 comments