Soft Launch & Media Day With Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah

Soft Launch & Media Day With Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah | Salam.. 15 February lalu , Raja Muda Selangor telah pun melancarkan kemmpen untuk SAY (Selangor Youth Community) iaitu menggalakan para belia  mencapai tahap yang lebih berani dan membanggakan serta member inspirasi untu lebih jadi belia yang terbaik.
Di majlis pelancaran tersebu yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, pengasas dan penaung duli yang teramat mulia Tengku AMir Syah mengumumkan permulaan kepada era baru untuk warga belia Selangor dengan melancarkan SAY IGNITE 2017, semua inisiatif untuk masa depan Selanor. tahniah diucapkan atas pelancaran tersebut..

Apa itu SAY IG NITE?

SAY IGNITE 2017 akan dilancarkan pada bulan April yang mana pelbagai inisiatif yang bakal diadakan bagi membentuk belia belia Selangor , memupuk minat belia dengan melibatkan pembabitan remaja dalam komuniti ini sepeti hiburan, sukan, kesihatan dan sebagainya..

Banyak aktiviti telah pun dirancang contohnya bengkel dan ceramah yang dikendalikan oleh SAY dari sektor awam mahupun swasta. SAY ADA GAYA adalah salah satu aktiviti yang mana aktviti tersebut datangnya ilham dari Britain Got Talent. SAY ADA GAYA ni mestilah berumur 18-35 tahun yang dilahirkan di Selangor.. Aktiviti ini adalah dengan menghantar video talent, video bakat korang dari pelbagai segi.
Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Pengasas dan Penaung SAY iaitu Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. 

"Selangor adalah sebuah negeri yang rakyatnya penuh dengan kepelbagaian di Malaysia dari segi umur, bangsa dan latar belakang yang sebahagian besarnya disebabkan penghijrahan remaja dari negei lain. Beta percaya SAY IGNITE 2017 akan menjadi pencetus dalam menyemarakkan lagi kesepaduan minat dan semangat untuk menghasilkan komuniti yang dinamik dan saling berhubung" titah Raja Muda Selangor di dalam majlis pelancaran lalu.
Satu sesi perbincangan diadakan yang dijemput antaranya ialah Joseph Tan dari Leaderonomic, Pengerusi KakiSeni, Low Ngai Yuen, Penyanyi Rap, Altimet dan Usahan Social, Zikry Kholil berkongsi pendapat mengenai kempen yang bakal diadakan April nanti.
 sesi tandatangan 
 tapi kenapa Tengku Amir Shah pulak yang berdiri tu? Hihi
 Ambik gambar kenangan selepas Mou of signing ceremony
 Sesi bergambar bersama SAY Community dengan Tengku Amir
 Dah 2x p event under Tengku Amir Shah, dia kalau bab selfie , dia layan je. Uhukkk..
 Yeahh social media team dibawah Tengku Amir Syah. Terima kasih Tengku ! Nest time invite lagi :D
Btw, terima kasih kepada Sunway rakan stratergik SAY sudi menaja tenpat untuk majlis ini. Diharap SAY akan mencapai target misi dan visi community ini. InsyaAllah. Last but not least,  anda warga Selangor? Berumur 18-35 tahun? Meh tunjukkan bakat anda dengan menghantar video bakat anda kerana ada hadiah menarik menanti anda :) Good luckk !

Untuk Matlumat Lanjut
Webiste : www.selangoryouth.com
Instagram : @SAYIGNITE2017
Facebook : @SAYIGNITE2017
Twitter : @SAYIGNITE2017

0 comments