Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau x MCC

Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau x MCC  | KUALA LUMPUR: Butik pakaian muslimah popular Benang Hijau bergabung dengan butik MCC membuat jualan gudang secara besar-besaran pada 25 & 26 Februari ini. (Sabtu & Ahad). 

Benang Hijau dan MCC menawarkan lebih 50 jenis tudung dengan harga paling murah iaitu serendah RM5 bagi penghabisan stok. 

Selain itu, sebanyak 100 jenis blouse, jubah dan palazzo boleh didapati dengan harga serendah RM35 dan RM50 pada hari istimewa berkenaan. 
Pengujung juga berpeluang mendapat cabutan bertuah, hamper dan baucar tunai untuk setiap pembelian sehingga RM150. 

Selain itu, Benang Hijau dan MCC turut memperkenalkan tudung rekaan terbaru mereka dan dijual dengan harga istimewa khas untuk hari itu sahaja. 

Lebih menarik lagi, pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak antaranya hiburan bersama watak animasi Didi & Friends.
Datang beramai-ramai ke jualan gudang Benang Hijau dan Butik MCC yang berlangsung pada 25 & 26 Februari ini di HQ MCC Bangi yang beralamat di No. 3, Perindustrian Suntrack, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor.





1 comments