Medic Serum & Bio Active Serum Dari RENO SKIN

Medic Serum & Bio Active Serum | Salam. selamat pagi. Dah masuk 2 january pulak kan. Rajin pulak uzu update entry pepagi buta ni..Well nak siapkan review cecepat. kali ni uzu review serum.Uzu banyak review serum sebelum ni so.. so far serum ni memang elok lah tak taw nak cerita camna lagi. Hehehe.. Serum antara produk yang berkesan sebab sangat mudah menyerap ke dalam kulit dari produk yang lain.. Tu sebab serum mahai je jual kat kedai...

Serum yang uzu nak review kali ni ialah Medic Serun dan Bio Active Serum. Dua-dua serum dari Reno Skin.. Uzu akan review Medic Serum dulu, dan kemudian barulah Bio Active Serum. Agak-agak, apa eh beza kedua-dua serum ni ye?

Medic Serum Reno Skin
Nampak gayanya serum ni lebih kepada melembabkan kulit, fast moisturizing dan healing.. Kena pakai 2x sehari.. Sebelum pakai mekap memang wajib pakai moisturiser .. Well kulit akan banyak minyak sebab kerap pakai mekap tu sebab peranan serum ni amatlah penting you ols.

Medic Serum Reno Skin berfungsi untuk menyelesaikan masalah seperti :

  • ekzema bayi & dewasa 
  • gatal gatal kulit 
  • kulit merah merah 
  • alahan kulit 
  • kulit menggelupas 
  • kulit kering 
  • kulit berdarah 
  • kurap , kudis 
  • luka kecil 
  • ruam bayi 
  • kulit berjerawat 
  • jerawat bernanah 
  • tumit merekah 
  • rekahan perut selepas bersalin 
  • kulit berpanau 
  • bengkak gigitan serangga 
  • kulit bersisik 
  • kulit melepuh 
  • kulit kepala berkuping dan berkelemumur 
  • Dan pelbagai lagi jenis masalah kulit

Apa-apa je jenis masalah kulit pun boleh dirawat dengan serum ni.. first time pulak tengok serum yang boleh menyelesaikan masalah ekzema.. Ini dah lebih kepada serum kesihatan yang berkaitan dengan kulit.. Bukan je untuk dewasa tapi boleh juga untuk kanak-kanak.

Medic Serum Reno Skin ni yang bagusnya mengenai produk ni ialah 100% semulajadi, takde bahan kimia bagai, ada ekstrak buah castor, ekstrak herba termasuk Rosemary , ekstrak minyak Kelapa dara asli , kaya dengan Vitamin E , kaya dengan Vitamin A , kaya dengan Fatty acids dan kaya dengan Omega 6 . Ia juga bebas steroid, bebas pewangi sintetik , bebas bahan kimia dan sangat sesuai untuk bayi..

Formulasi Medic Serum ini dicipta oleh PhD scholar yang mempunyai pengalaman profesional dalam research project bersama sama professor terkemuka di universiti tempatan.

Tahukah anda bahawa medicserum di cipta khas untuk membantu ibu ibu anak eczema dari terus bergantung harap pada krim steroid atau krim kimia yang mempunyai risiko jangka panjang penggunaan nya. Medic serum mendapat kelulusan KKM selamat digunakan untuk bayi hingga orang dewasa.

Tahukah anda lebih 1000 ibu ibu telah memilih medic serum untuk anak anak mereka sepanjang 6bulan di pasaran dan tahukah anda bahawa kami telah menerima beratus ratus testimoni ikhlas dari pengguna. Produk sudah diregister sebagai harta intelek kerana ianya hasil research.

Testimoni Medic Serum


Bio Active Serum Reno Skin

Untuk masalah jerawat, jeragat, tona tidak sekata dan anti penuaan, Bio Active Serum insyaalla akan dapat membantu. Kaya dengan ekstrak bahan2 semulajadi seperti Tea Tree, Castor, Rosehip dan Virgin Olive.

Medic Serum Reno Skin ni op kos lah sesuai untuk melembapkan kulit serta merta, membaiki sel rosak supaya kembali normal, merawat jerawat supaya tidak tumbuh, dan memudarkan jeragat. Produk Medic Serum Reno Skin adalah 100% natural, tiada pewangi atau pengawet sintetik. Medic Serum ni herbal terapy, dia lebih kepada for eczema dan kulit sensitif.. 

Testimoni Bio Active Sebelum & Selepas
 Amboii sekejapnya hilang kesan hitam-hitam tu.  Selepas 12 hari penggunaan.

So untuk bab-bab nak merawat muka, korang boleh try kedua-dua serum ni. Nak try 1 serum dulu pun ok. Kalau tak sesuai haa boleh pakai serum lagi satu.. Mustahil lah kan tak sesuai. Tengok testimoni hasil positif setakat ni. 

Yang dah berumur macam uzu ni, hahaha acah acah nak pakai Bio Active Serum sebab ada untuk penuaan, sebelum tua nak pakai lah supaya proses penuaan lambat, tona kulit uzu pon memang ada masalah, lagi-lagi sebab sunburn jejalan travel, memang sesuai lah uzu dengan bio active serum. Pastu mungkin uzu nak try medic serum tu.. Uzu nak pakai sebab kulit tangan uzu , kaki uzu kering, tak banyak minu air ni memang lah problem macam-macam. Maklumlah dah semakin meningkat tua. Hahahaha. 2017 dah masuk 27 tahun ok :D Ok lah kepada yang berminat nak dapatkan kedua-dua serum ni boleh tengok info lanjut kat bawah ye. Ok bye Salam.

Matlumat Lanjut
Whatsapp : 0129603175

4 comments