Baucer Memberli-Belah CJ WOW SHOP Untuk Ahli TONTON VIP Sempena Hari Malaysia

Baucer Memberli-Belah CJ WOW SHOP Untuk Ahli TONTON VIP Sempena Hari Malaysia | Salam. Sebelum uzu nak menaip panjang lebar. Biar uzu terangkan, apa itu CJ WOW SHOP. Haaa uzu pon first time dengar.. Maklumlah dah 3 tahun tak tengok tv sebab duduk di hostel tapi kalau bab tengok drama TV3 jam 7 tu, sanggup lah tengok live tv3 kat tonton.. Haaa kite dulu mmg selalu tengok tonton pon.. Tapi ini pertama kali uzu dengar pasal CJ WOW SHOP.

Apa itu CJ WOW SHOP ?

CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cjwowshop.com.my

Apa pulak tetiba kaitan CJ WOW SHOP dengan TONTON ni ?

Tonton telahpun menjalinkan kerjasama dengan rangkaian membeli belah iaitu CJ WOW SHOP.Wahh menarik ni.. Kerjasama macam mana pulak tu? Sempena Hari Malaysia ni, CJ WOW SHOP berbesar hati ingin memberikan BAUCER RM30 untuk 1000 pelanggan pertama yang mendaftar sebagai ahli TONTON VIP dari 16septermber ini sehingga 30 september 2016..

Mengulas mengenai usaha kerjasama itu, Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh berkata, “Ini merupakan keistimewaan yang diterima oleh ahli tonton VIP.  Ini adalah janji kami untuk sentiasa memberikan layanan VIP kepada setiap pelanggan.  Tidak terhenti setakat itu, pelanggan tonton VIP akan mendapat lebih banyak keistimewaan seperti pas eksklusif ke konsert dan majlis anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin, selain diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh.”

Manakala baucar membeli-belah CJ WOW Shop yang diterima oleh pelanggan tonton VIP pula boleh digunakan untuk pembelian aneka produk daripada pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, digital, kediaman dan kehidupan.  Semestinya faedah-faedah ini amat menarik perhatian dan memenuhi kehendak ahli tonton VIP.

Apa Keistimewaan Bila Menjadi ahli TONTON VIP ?

Dulu.. kalau nak tengok movie ke, drama ke kat dalam Tonton, ada yang free dan ada yang kena bayar. Haaaa bila jadi TONTON VIP, kesemua drama ke movie ke semua boleh tengok. Dalam portal TONTON VIP ada lebih 23000 drama filem atau rancangan hiburan yang dari sejak duluuuu sehingga kini semua ada.. Untung tak jadi ahli TONTON VIP??

Boleh buka TONTON walaupun takde INTERNET?? Biar betul???

Yups. Yang ni uzu sangat terkejut.!! Hahaha baru tahu.. Menarik juga ni kan jadi TONTON VIP ni? Tapi dengan syarat kena download lah app TONTON .. So bila koranh takde internet, bosan-bosan tu boleh bukak apps tonton kan? Layan drama sambil balik kampung.. hehe. Dalam kapal terbang pon tak bosan :)

Pelbagai rancangan eksklusif turut menghiasi tonton sempena Hari Malaysia ini. Antaranya ialah It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. Kesemuanya hanya boleh disaksikan di tonton.

Keunikan Malaysia turut ditonjolkan di tonton menerusi rancangan yang memaparkan keindahan tanah air kita dari segi budaya hinggalah ke hidangan istimewa. Antaranya Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle.\

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati kesitimewaan sebagai ahli tonton VIP di Hari Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW Shop, sila layari tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.

2 comments