Itinerary & Bajet Percutian Murah Ke Busan Korea Day 1

Itinerary & Bajet Percutian Murah Ke Busan Korea Day 1 | Salam.. Ramadhan lepas uzu akhirnya selepas beberapa bulan uzu tunggu trip ni akhirnya, i made it ! Wahhh i went to Korea, like seriously ? Macam tak caya je.  Bila dah masuk bulan 6, time flies. Hew kejap je masa berlalu. Ok ni nak citer lah ni macam mana pengalaman uzu waktu bercuti di waktu puasa lagi-lagi kat negara orang.. So sesambil tu uzu update tempat yang kami day 1-7 . Macam seminggu je lebih kurangg.

Flight kami dari KL-Busan jam 1.30 pagi waktu malaysia dan sampai Airport Busan, Korea jam 8.30 pagi waktu korea. Korea awal sejam dari Malaysia.. So sampai 8.30 pagi tu, kat Malaysia baru jam 7.30 pagi.. Korang masing berdengkur lagi. Hahaha.
Memandangkan kami check in jam 2 petang, so dari jam 8.30 pagi tu kami lepak kat airport sampai jam 2 petang. Kat airport tu, kami survey mobile internet tapi macam mahal je.. Tapi uzu tak kisah sangat bab tenet ni sebab nak buat live update tapi memandangkan kat korea ni, kat mana-mana punada wifi.. laju pulak tu.. so batalkan niat beli tenet RM90 tuk 1GB je. Mahal bebenoww.

Sesambil tunggu, kami jumpa orang Malaysia kat airport.. Rupanya beliau memang traveller tegar Malaysia.. Dia fly dari Jepun.. Dan datang Busan nak sambung travel. katanya dah 2 3 bulan tak balik Malaysia.. Dan 2 3 bulan juga tak makan makanan Malaysia.. jadi kiterang pun sedekahkan beberapa makanan tin, makanan brahim bagi kat dia.. Pangkat adik lagi sebab baru umo 23 tahun.. Berhenti kerja , jual macam-macam sebab nak travel punya pasal. Bayangkan bila dah travel addict. Tapi uzu bangga dapat berkenalan dengan beliau. Dah berapa kali keluar viral kat Vocket.Memang power lah mamat ni bab travel..
Lepas sembang-sembang, kami sama-sama ke LRT yang berdekatan sebab nak check in hotel. Hotel kiterang kat Sasang. Tempat ni direcommanded oleh abang yang banyak bantu kiterang kat Busan, Saiful Razali. Entry abang ni lah terjumpa kat google. Memang 90% info banyak dari blog abang ni. Kiterang pun kalau sesat ke, ape ke kan, terus wasap abang ni.. Memang kena layan baik punye. thank you sangat-sangat. 
Nak cakap, hotel kami yang kat area Sasang ni, dekat sangat ngan LRT. Turun LRT ke terus jumpa hotel. 2 3 minit je jalan kaki. Ada 7E . So uzu suggest korang nak cari hotel atau motel kat area Sasang.
Oh lupa, kalau nak tau, kat Busan ni, hotel memang mahal sangat so korang cari motel. Uzu pun stay kat motel je, nak kata mahal tu.. Tak mahal macam hotel tapi biasa je.. Tapi puas hati lah.. Dapat bilik sorang-sorang je. Besar bak hangg. Actually, uzu bilik tu share dengan member perempuan sorang ni tapi last minit cansel. So bilik tu saye yang punye hahaha.

Sampai bilik terus tido sambil tunggu waktu berbuka puasa. berbuka puasa waktu korea jam 7.30 malam tapi waktu Malaysia dalam 6.30 camtu kot.. So kami memang berbuka sejam awal dari di Malaysia.

Apa menu berbuka puasa yang pertama di negara orang?
Kami layan nasi arab dan sardin serta seruding. Perghh ditambah dengan milo. Hahaha. Nak keluar cari makan memang tak larat so masak je lah dengan periuk doraemon..

Lepas makan, tetiba rasa menyesal bawak sweater nipis je. Memula keluar waktu malam tu, ya laahhh.. Sejuknya ! So kami ke  NC Department Store nak cari sweater tapi mcam tak berkenan . So alang-alang dah sampai tu jejalan dalam tu.
Lepas kebosanan di dalam, kami balik terus je lah.. Jalan kaki sikit sebab LRT jauh.. sesambilsingah 7E beli air mineral dan susu pisang . Dengar cerita susu pisang memang femes dan wajib try ! Tapi nak ingatkan, sebelum beli makanan kat kedai-kedai, korang kna scan dulu guna apps Halal Korea. InsyaAllah apps ni akan detect makanan/minuman tu halal diminum atau tak?

Sebelum Trip
*Flight KL - Busan Korea RM 530 return waktu promo air ais
*Tukar duit RM500 je untuk seminggu trip ni..
*Beli makanan tin / makanan brahim RM230 di Malaysia

Budget  Day 1
Flight kl (130) busan 7 jam (830)
Lepak airport tunggu check in jam 2
lrt ke sasang 1300w (20min)

830pm gerak ke seomyeon naik let beli sweater
1300 won sehala

10 kelauar dari nc department store
1015 beli tisu basah 4700w dlm rm16lebih
tiket balik seomyeon - sasang 1300w 10.24 (20min)
masuk 7e beli mineral water dan jajan dan milk banana 3400w

Total  lost day 1 : 12000won RM42

Nanti next update uzu tuk hari kedua. hari 1st time masih penat, masih tak de tempat nak dituju, itinerary pun tak buat, so ni plan main hentam je tapi memang banyak rujuk maps, peta, travel brocher , baca info kat blog baru tahu camne nak plan perjalanan.. Mana yang patut p dulu, mana yang last.. So, nantikan next update yang op kos menarikkk tempatnye ! k bye Salam.

9 comments