Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #3 | Kapalai , Sipadan-Mabul & Maiga Island

Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #3  | Kapalai , Sipadan-Mabul Island | Salam. Ok untuk hari ketiga, awal bangun sebab kat semporna paling awak subuh di Malaysia ni. Pepagi lagi dah terang benderang. Uzu cepat2 bersiap dan ambik gambar sekitar rumah atas laut yang kiterang stay pada malam kedua. Ngeee. Lawa siottttttttt ! Arghh excited kemain. Auchh.. Jom layan gambar . Hehe. 

Lepas dah puas ambik gambar, jam 8 pagi kami bergerak balik ke darat semula. Semalam je kami kat sini tapi best sangat. Siyes macam tak puas :(

Ok next destinations kami tuk hari ketiga ialah kapalai, sipadan-mabul dan maiga.Waktu macam malas je nak snorkelling. Tapi layankan aje. Haha.
Yang ni pulau kapalai. Cantiknya. Kalau dapat stay sini kan bagus tapi harga resort ni RM1000+ per night ok. Kau sanggup? Hahaha. Tercekik tekak beta. Mampu berhuhuhu. Kami datang snorkeling kat depan ni ja. Tu ja mampu.. Tapi kat sini tak best snorkelling sebab air kotor. Banyak sampah. Sebab snorkelling dekat resort kot kan? Betullah tu...
Next place is Pulau Mabul. Kat sini kita tak snorkeling tapi just jalan-jalan round kampung. Jarang pakej lain akan turun dan jalan-jalan kat area kampung tapi hanya dibuat oleh pakej #tripkita @trip_kita .  Tu lah uzu suggest korang ambik pakej dengan #tripkita ni. Dia buat over vaganza. Harharhar. 
 
 
 
Lepas berjam-jam habiskan masa ni, kami lunch dan sambung snorkelling kat last pulau iaitu pulau maiga. Kat Pulau maiga dalam sejam je. Jom layan gambar. Ngeh !
Gambar uzu kat atas bukan adegan bercinta dalam laut berpegang tangan bagai. Ni gara-gara nak gambar nampak coral tapi coral dalam ke bawah. Uzu try nak tenggelamkan diri sampai kebawah tapi tak menjadi. Tetap terapung so guide man push uzu kebawah sampai dapat pegang coral. Tapi yang tukang gambar tak reti ambik gambar. Hahaha waktu uzu sesorang line clear kat bawah tak terambil gambar tu. Ok i is redha. Gitulah ceritanya. Saja explain... Kang pakwe kita jeles hahahaha. 
Yeahhh dah habis 7 pulau kiterang check in. Lepas habis je terus dalam perjalanan semua senyap dan tidur. Jauh juga perjalanan balik . Tu pasal sampai tertidur. So malam tu kite sempat p spa dan makan-makan. Wohaaa. makan seafood lagi. Kerlass !

Ok Next day #4 akan diupdate secepat mungkin. Kah ! k bye Salam.

Jom Baca :
Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #3
Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #4
Bajet Keseluruhan Ground Trip 7 Pulau Di Semporna
Flight Tiket KL-Tawau(Sabah)
Resort Terbaik Tapi Murah di Semporna

4 comments