Kes Viral Review Fizo Mawar Kitchen Selesai !

Kes Viral Review Fizo Mawar Kitchen Selesai ! | Salam. Dah seminggu lebih rasanya kes viral review Fizo Mawar Kitchen ni dan hari ni rasa dah setel bila baca news paper dari Harian Metro dan Utusan. Bak kata Fizo dah setel maka setellah isu ni..

Apa yang uzu baca, alhamdulillah katnya sales 2x ganda dan ramai yang berkunjung ke Restoran Fizo Mawar Kitchen selepas ianya menjadi viral. Kan rezekinya namanya. Kita pun bukan niat nak menjatuhkan bisnes orang, benda tak elok kot.. Ish ish ish..

Semoga lepas ni segala komen negatif , akan Fizo Mawar Kitchen semadikan dan perbaiki dari masa ke semasa.. InsyaAllah kalau dah terima dengan hati terbuka, harap-harap akan diperbaiki.

Untuk pihak uzu pulak, ingatkan takde yang berani nak jemput uzu jadi ke Food Review berbayar lepas isu viral ni tapi alhamdulillah. Ada juga yang masih sudi. Rezeki Allah bagi. Ada hikmah disebalik semua ni. Mana tau jadi pengkritik makanan ke kan. Hahaha. Kelakar.

Ok lah bye korang semua. Salam :)

19 comments