The Best Spa In Kuala Lumpur : Sifu Master of Reflexology & Wellness

The Best Spa In Kuala Lumpur : Sifu Master of Reflexology & Wellness | Salam.. Minggu lalu uzu berkesempatan merelaxkan diri , merelaxkan minda, merelaxkan badan uzu di salah sebuah spa yang terletak di Desa Sri Hartamas bersama beberapa orang lagi blogger yang mana turut serta dijemput hadir untuk review spa ini..

Spa kali ni yang uzu review ialah Sifu Master atau nama penuhnya Sifu Master of Reflexology & Wellness yang terletak di Desa Seri Hartamas Kuala Lumpur. Spa kali ni memang senang je nak cari sebab dah ada dalam Waze. So takde istilah sesat lah kalau nak datang Spa Sifu ni..

So nak tau apa yang best kat Sifu Master ni? Haaa kena lah baca review sampai habis. Tak gitu? Ok uzu dan kengkawan lain bertuah sebab dapat merasai Foot & Shoulder Massage! Sebelum kita bermasage bagai, kiterang rendam kaki dulu kat air suam yang ada campuran garam ni.

Haaa kalau korang tengok, ait yang warna merah tu ialah air garam. Haaa dah macam air sirap dah eh? Hehehe. Rendam kaki sekejap je.. Dalam seminit dua macam tu. Lepas tu baru urut!
Ni lah tempat urut. Nampak selesa kan kerusi urut tu? Memang selesa pun sampai nak tertidur bila baring kat situ. Walhal bukan full masaage lagi pun, baru foot dan shoulder massage..Rasa nak ambik full body massage je sebab penat travel tak hilang lagi ni..Hehe... Ok next time for sure!

Sebelum kiterang start diurut, kiterang diberi short brief mengenai Sifu Master ni.. Nama pun Sifu Master kan? Of coz lah tukang urut kat sini memang terbaik! Tukang urut yang terbaik didatangi dari 3 negara, Malaysia, Vietnam dan Filifin dan bak kate owner Sifu Master, tukang urut yang terbaik ialah Zack lelaki yang ada kat gambar dibawah ni.. Korang boleh request Zack sebagai korang punya tukang urut. Aum.. hensem....
Apa yang menariknya tentang Sifu Master of Reflexology & Wellness sebab ianya "clean" yang mana bersih daripada perbuatan-perbuatan tidak senono.. Contohnya... Haaa kena fikir sendiri.. Bila uzu perhati disekeliling Sifu Master, memang banyak spa-spa yang berdekatan tapi hanya Sifu Master of Reflexology & Wellness je yang patut korang singgah.. Kedai kat tepi jalan je. Parking betul2 kat depan kedai.. Spa ni tengok macam exclusive spa tapi harga dia murah wei! Mampu milik je. Semua golongan boleh ke Sifu Master of Reflexology & Wellness ni..Lagi-lagi sekarang ni ada Aniversarry Promotion .. Haa lagi lah terlajak murah... should try lah!
Tukang urut yang urut uzu waktu ni ialah Dewi. Rasanya yang berasal dari Filifin kot, Haa sedap giler dia urut. Tak sakit.. Lembut je.. Rasa nak tertidur dah. Biasalah tu kalau perempuan yang urut.. Kalau lelaki yang urut, mahunye patah pinggang belakang ni! hehe.. Bahan yang digunakan ialah minyak yang dibuat secra homemade iaitu lemongrass, ginger dan lavender,, Uzu dah hidu wangian, semua bau wangi serbak mengharum.. I like.. felll freshh.. Hehe..

So sesiapa yang berminat nak relax-relax kan diri, boleh try ke Sifu Master of Reflexology & Wellness yang terletak di Seri Hartamas. Harga pulak korang boleh rujuk gambar kat bawah k . Kalau nak datang, better booking dulu. Sebab spa ni akan penuh terutama hari Khamis-Ahad :)

Info :
Nama : Sifu Master of Reflexology & Wellness
Alamat : No.2 Jalan 22/70A, Desa Seri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-62065970 
Waktu Operasi : Everyday ( 11 pagi - 12 tengah malam )
Service yg disediakan:
Body Massage , Hot Stone Massage , Head Massage, Foot Massage , Hand Massage, Neck, Back & Shoulder Massage

2 comments