Mawar Putih Home Spa Berkonsepkan Bali

Mawar Putih Home Spa Berkonsepkan Bali | Salam.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat illahi kerana uzu berpeluang sekali lagi review spa.. Tapi kali ni, Spa yang uzu review ni memang dah lama femes dah.. Haaa uzu selalu nampak spa ni punya sponser post keluar kat fb..

So uzu rasa teruja sangat-sangat sebab dapat review spa yang ala-ala bali.. Bila 1st time sampai je kat tempat yang kiterong Waze, tak jumpa tempat! Masuk ke dalam kawasan perumahan. Bila tanya akak tu, oh rupanya Spa tu kat rumah. Bukan kedai.. Wah terus rasa kagum je kan berbisnes kat rumah..

Bila tengok dari luar, biasa-biasa je.. Bila berada depan pintu, wahh dah nampak decoration spa ni ala-ala bali. Lepas tu, bila masuk ke dalam, haaaaaaa terkejut sangat tau! Bukan apa.. Lawa gila spa ni.. Alahaiii belum lagi tengok spa kat tiingkat atas. Haa ..Lagi rasa nak fengsan i tell you.  Tak caya? haaa meh jemput tengok. Nak lanje berkeping keping..

Bilik 1 : Untuk mandi bunga dan sauna
Bilik 2 : Untuk spa servis itu ini.. 
Bilik 3 : Foot massage dan lain-lain
 
Haaa Mawar Putih Home Spa dah cantik kan? Ok mesti sekarang ni korang nak tau apa servis-servis yang ditawarkan di Mawar Putih Home Spa ni. Betul tak? Haa jangan fengsan pulak eh sebab servis dan pakej-pakej kat Mawar Putih Home Spa ni memang kebabommm ! Sekali baca nak try semua pakej yang ada. Kah! Tamak haloba i kan.. Krik2..Memang tamak bab spa ni.. Best kot..

Ni uzu nak citer bab servis terlajak laris kat Mawar Putih Home Spa ni..

Pakej Bertungku Batu Sungai Herba .
Apa yang bestnya pasal pakej bertungku ni? Sampai Mawar Putih Home Spa ni penuh dengan customer nak buat pakej bertungku.. Uzu pun tak tahu benda apa lah kan tungku tungku ni.. Rupanya yang tuk orang selepas bersalin. Nak buang angin.. Eh tapi yang belum kahwin pun boleh. Hehe. Nak try.. Dengar cerita bahan dan daun herba yang baik bakal dapat kesan yang hebat dan mantap. Terbaik !

Kelebihan Bertungku
✔ Membantu memecahkan angin bisa di dlam badan anda
✔ Melancarkan perjalanan darah dgn sempurna
✔ Membantu asalah kebas anggota badan
✔ Membantu mengurangkan sakit senggugut
✔ Memecahkan angin dibahagian perut dan ulu hati
✔ Membantu Memecahkan lemak
✔ Mengembalikan tubuh badan kepada asal
✔ Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf

Pakej Pengantin
Yang ni untuk pakej pengantin. Yang bakal-bakal berkahwin tu, memang digalakkan untuk manjakan diri kat spa. Tak pun p buat facial muka beberapa minggu sebelum majlis.. Baru nampak lebih berseri kat atas pelamin tu haa..Mawar Putih Home Spa  ada 4 jenis pakej untuk pengantik. Boleh pilih yang u ols suka..
Ok yang seterusnya pakej mampu milik.. Rasanya ramai yang ambik pakej ni ha.. Haa murah .. Yang ni student pun boleh mampu bayar. Hihi ..
Sebenarnya banyak lagi pakej-pakej kebabomm yang ditawarkan kat Mawar Putih Home Spa  ni.. Korang boleh usha page Spa Mawar Putih . Macam-macam pakej ada sampai tak tahu nak pilih pakej apa. Kena istikarah ni hahaha... Buakn tu je, salon muslimah pun ada. Uzu dah tengok dah, memang selesa, bilik tertutup dan ada aircon. Itu yang penting. 

Ok kalau sesiapa yang berminat nak dapatkan rawatakan kat Mawar Putih Home Spa , bolehkan tengok info kat bawah eh.. Tq korang. Salam..

Contact :
Wasap: 012-6724798  Call : 03-80524798
Ig : @spamawarputih
Owner Spa :Ruzita Jamaluddin
Alamat Spa : No 13, Jalan BP2, Puchong New Village, Puchong, Selangor ( kawasan perumahan )
Waze : Spa Mawar Putih Puchong 
Waktu Operasi : 9 Pagi - 7 Petang


36 comments