Breakout Malaysia Mencabar Minda Para Blogger !!

Breakout Mencabar Minda Para Blogger !! | Ahad lalu uzu habiskan masa kat NU Central bersama geng2 #kelabbloggerbenashaari Event kali ni rasa macam best sikit. Event ni macam sejenis games yang sangat santai tapi sangat menguji minda.. Bila sebut BREAKOUT ESCAPE ROOM je, uzu dah gak dah games apa sebab pernah main game excape room sebelum ini anjuran #AirAsiaBloggerCommunity beberapa bulan yang lalu.. Game2 macam ni memang seronok tau..Tu yg excited nak p !

Mengenai Breakout Malaysia
Breakout ni sejenis game yang mana kite kena larikan diri dari terperangkap dalam bilik tu. Bilik-bilik yang ada kat Breakout NU Central ni ada temanya sendiri. Contoh tema kat Breakout NU Central ada 6 jenis bilik yang berlainan tema.
So kami dibahagi dalam 4 kumpulan dan setiap kumpulan kena ada 2-8 pemain. Dan team uzu terdiri daripada Faizal Fredley, Syukri Tahir, Farah Waheda, Dya Mohamad, Nina Mirza dan Meera Hussain. Kami bertujuh dalam 1 team. 
Cara nak main benda ni senang je..Selepas dibahagikan kumpulan, pihak Breakout akan bagi klu dan power masing2.. Klu tu kegunaan dia untuk menyelamatkan kita bila kita rasa nak giveup kat dalam tu. Masa yang diberikan adalah 45minit setiap game tapi last sekali ada extra 5minit untuk selesaikan task yang diberikan.

Pengalaman main Breakout!
Game ni kena perlukan otak berfikir dan fikir secara kreatif.. Klu-klu ada di setiap sudut, di dinding ke, di dalam almari ke, kat pintu ke, kat mana2 pun ada klu tu just kita nak baca dan fahami klu je. Bila setel kat satu bilik, ada lubang ke bilik lain yang kita kena terjah sendiri.. Bila kat dalam bilik ni, kita rasa diri macam terperangkap dan kita kena lepas kan diri dengan mencari klu-klu yang berkain. Ala-ala macam sebuah geng penyiasatan.. kah! Yang tak best tu bila group kami tak dapat escape room dan sikitttttttttttt je lagi nak setelkan task tapi sayangnya.. semua kecewa.. Rasa nak main lagi. Tak puas hati tak menang ! Hmm..

Korang yang nak try minda korang tu cerdik ke tak, berfungsi ke tak, nak relaxkan diri, nak santai2kan hujung minggu korang, boleh lah try game ni.. Nak bawa family pun boleh sebab game ni sesuai untuk seisi keluarga.. 

Harga :
2 orang /  RM106
3 orang /  RM143.10
4 orang /  RM169.60
5 orang /  RM201.40
6 orang /  RM241.70
7 orang /  RM267.10
8 orang /  RM305.30

Facebook:
Breakout Malaysia
Instagram:  @BreakoutMY
Hashtag: #BreakoutMY
Web: www.breakout.com.my

6 comments