Pakej Percutian Giler Giler Murah Ke Korea !

Pakej Percutian Giler Giler Murah Ke Korea | Salam.. Ada sesiapa tak berminat nak p Korea ? Kalau ada yang berminat nak p Korea tapi nak bajet ciput je, nak bajet bajet je, bolehlah join pakej murah ke korea ni. Pakej ni uzu dapat dari abg ben.. Kononnya tengah plan nak p Korea oktober ni.. Sekarang ni tengah fikir nii.. Nak p ke tak ? Teringin juga nak p.. serius. Aaaa ok ni pakej yang kami dapat. Mana tau korang nak join sekali kan.. keh keh ^^v

16-20 October 2015
5hari 4mlm
 **RM1999 sahaja**

Termasuk :
-Flight AA pergibalik
-Hotel 3 star atau setara dgnnye
-Pengangkutan
-Lawatan
-tiket lawatan**
-Breakfast/dinner

TIDAK TERMASUK :
-luggage
-lunch
Deposit rm800

Intenary lawatan :

Hari 1- lapangan terbang antarabangsa incheon. -pemandu pelancong akan berjumpa dgan anda sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang antarabangsa incheon dan akan membawa anda ke hotel di Seoul menaiki bas mini.pelancong dibenarkan berjalan2 sekitar seoul sejurus tiba die lapangan terbang antarabangsa incheon tapi diingatkan smpai di hotel di Seoul tepat jam 5.00p.m.Berehat sehingga jam 8.00p.m selepas itu pelancong boleh berjalan2 die sekitar pasar di Seoul. Anda akan bermalam di seoul(termasuk makan malam)

Hari 2- Gyeongbokgung seoul palace>National folk museum>cheonggyechen stream>namsan tower.-anda akan bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan akan membawa anda utk memulakan lawatan pagi harini.-

Destinasi pertama ialah Gyeongbokgung palace(ambil perhatian istana ini akan tutup pada hari Selasa.Oleh itu sekiranya ia tutup pada hari lawatan anda kami akan membawa anda melawat tempat menarik lain) teruskan lawatan ke National folk museum. Seterusnya anda akan melawat presidential residence dan cheonggyechen stream. Pemandu pelancong akan membawa anda ke namsan tower dan diberi masa 4 jam utk melawat. Selepas itu anda bebas utk menikmati keindahan di Seoul serta bermalam di hotel (termasuk makan malam & sarapan)

Hari 3- seoul nami island>petite france>seoul war memorial>changdeokgung palace. - Anda bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan membawa anda memulakan lawatan anda hari ini. Lawatan pertama ke pulau nami. Nikmati lake cruise dan jangan lepaskan peluang untuk berjalan di bawah pokok2 jalanan yg sangat cantik dimana penggambaran drama paling popular Korea "winter sonata" dijalankan. Lawatan diteruskan ke petite France, anda diberi masa 2 jam untuk melawat petite France sebelum pemandu pelancong umembawa anda melawat ke Seoul memorial war dan changdeokgung palace. Tempoh masa melawat kedua2 tempat ini lebih kurang 5jam. Selepas itu anda bebas utk melawat sekitar Seoul dan bermalam di hotel Seoul.(sarapan & makan malam)

Hari 4- Seoul myeondong>namdaemun>itaewon>dongdaemun>insadong.- Anda bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan membawa anda utk memulakan lawatan hari ini. Anda berpeluang untuk membeli belah seharian ini dan akan berakhir dgan sesi mengambil gambar pada jam 5.00p.m. Sebelum balik ke rumah tetamu anda akan dibawa ke dongdaemun untuk merasa "ikan bakar famous".Tamat lawatan hari ke 4. Anda bebas berjalan2 di sekitar Seoul dan bermalam di hotel

Hari ke5- setelah sarapan pagi pemandu pelancong akan bawa anda menaiki kereta persendirian ke lapangan terbang antarabangsa incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala lumpur.    Tamat lawatan di korea😉

15 comments