Di Sebalik Tabir Photoshoot Majalah Dara.Com (Karangkraf)

Di Sebalik Tabir Photoshoot Majalah Dara (Karangkraf) | Salam. Sabtu lalu, shoot untuk slot di Majalah Dara berjalan dengan lancar. Sapa yang dah baca entry sebelum ni, memang tau lah uzu shoot slot ape, kalau belum baca, sila baca sini . KLIK .

Slot "Bila Blogger Di Dapur" di Majalah Dara.com nak 4 blogger. So, antara blogger yang bertuah kali ni ialah... Uzu, Kak Yanty Lee, Yaya Natsumi dan Tya Salmid.

Menu uzu tuk slot ni ialah Mini Piza Daging Barbeque . Resepi uzu dapat dari kak sue izza tersayang. Korang jangan cakap "elehh...masak tu je ke?" . Memang akak ni yang nak menu simple2 je. Menu yg budak2 suka. Kalau nak suh kami masak yg berat2 tu, kena masuk majalah masakan lah, bukan majalah dara.. kan... betul tak? Huhu.

Ok . Ni di disebalik tabir we ols buat menu masing2. Akak ni sporting giler. Banyak sangat membantu kami...tq sangat2. Hehe.
 
 
Shoot kami kat rumah kak ty... So kalau kat rumah kak ty, best sikit. Selesa shoot di rumah orang yang kita kenal.. walaupun rumah bujang tapi alhamdulillah semua lengkap. Yang takde tu cuma bahan2 tuk menu masing2 .. Bahan2 kena beli sendiri.. Tak sampai rm25 pun menu ringkas kami ni..
Dari jam 11 pagi sampai jam 3 petang kami shoot. Lama juga rupanya. Tapi serius tak sedar masa berjalan dengan pantas. Tupp2 giliran sendiri.. Uzu yang last sekali sebab menu berat sikit di antara kami berempat.. Bila semua dah siap tu. Lega gilaa....

Btw, tq kak has dari Majalah Dara sebab invite uzu dalam slot ni.. Dan yang sedemikian, uzu boleh imvite 3 blogger dara ni. Semua tak reti nak masak, haaa ini kali lah , rasain. Semua cuak. Apa pun, pengalaman yang terbaik untuk kami. Kot2 lepas ni tetiba suka baking, tetiba suka masak kan.. sapa tau?  Hehehe. So last but not least. Alhandulillah sekali lagi. Everything went well :) Nantikan muka2 kami pada bukan october ya :).. Salam..

19 comments